Sebuah syarikat minuman teh boba dari California secara bijak telah menarik pelanggan dengan menghasilkan sebuah menu yang berasaskan ramuan ubat batuk terkemuka.
Menurut mereka, ubat batuk yang digunakan itu adalah berasaskan ubat batuk tradisional jenis sirap likat berjenama Cap Ibu dan Anak atau lebih dikenali dengan nama Cinanya berbunyi “Nin Joom Pei Pa Koa”.
Menurut laporan The Star, syarikat minuman yang dikenali sebagai Labobatory terletak di San Gabriel, California itu membuat keputusan untuk mencampurkan ubat batuk herba tersebut dengan campuran teh hijau. Seterusnya menu itu dipanggil “Cough Syrup Green Tea”.
Moden, unik dan mungkin berasa sedap bagi sesetengah pihak, :abobatory ternyata kreatif dan kalau ramai yang tidak tahu, melarut ubat batuk Cap Ibu dan Anak itu dalam air adalah salah satu cara meminumnya selain bisa dimakan begitu sahaja dengan sudu.
Walau bagaimanapun, tiada sesiapa pun yang terfikir untuk menjadikan ia sebagai minuman enak sebelum ini.
TERKINI
Menurut perkongsian World of Buzz dalam salah satu artikel barunya, Teh Boba atau Bubble Tea perisa ubat batuk yang sama itu sudah sekian lama wujud di Singapura. Bahkan, ia dijual pada harga yang sangat berpatutan iaitu sekitar RM12.48 hingga RM17.99, mengikut saiz cawan pilihan pelanggan.
Sebelum ini, pernah viral apabila ubat batuk Cap Ibu dan Anak yang harganya mampu milik di farmasi-farmasi sekitar Malaysia itu pernah dijual sehingga RM270 sebotol di Amerika Syarikat. Ini gara-gara ia mendapat permintaan yang sangat tinggi sekaligus, ramai mengakui keberkesanannya membuat pengedar atas talian sekitar Amerika sengaja menaikkan harga di luar kawalan.
Tonton Iklan Popular Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak