Masuk ke Sephora, Guardian, Watson dan Sasa, sekurang-kurangnya separuh daripada jenama produk kecantikan dari negara luar. Ada Laneige, Sulwhasoo, Avene, Kérastase, Caudalie, dan banyak lagi jenama yang menarik perhatian kita. Tapi bila dah berkenan, mahu bertanya kepada pekerja, kita jadi malu kerana tidak tahu sebutan yang betul. Manakan tidak, takut berbelit lidah mahu menyebutnya. Alahaii…
Jadi, bagaimana cara menyebut jenama-jenama produk kecantikan yang berasal dari Korea dan Perancis dengan betul?
#1 Caudalie
Cara yang betul adalah Ko-da-lee.
#2 Etude House
Produk Korea yang disebut dengan cara Perancis, Eh-twee-d House.
#3 Avene
Cara yang betul ialah Ah-ven.
#4 Bourjois
Keliru? Ini cara yang betul menyebutnya Bor-jwah. Kamu silence – kan huruf J.
#5 Ciaté
Bukan C tapi S, caranya sebegini See-ahh-tay.
#6 L’Occitane
Cara yang betul sebutan produk popular ini ialah Lox-ee-tan.
#7 Blithe
Ini satu lagi yang biasa kita keliru, cara jenama Korea ini disebut seperti berikut Bly-th.
#8 Guerlain
Cara sebutnya Gare-lahn. Terasa sofistikated tatkala menyebutnya kan..
#9 Kérastase
Jenama popular produk rambut ini disebut dengan cara Care-a-stoss. Huh?
#10 Iope
I disebut menjadi Eye, ini caranya Eye-oh-peh.
#11 Caolion
Ini cara sebutan yang betul Ca-oh-lee-ohn.
Lepas ni dah tak berbelit lidah lagi.