Sekitar awal hujung minggu baru-baru ini, sebuah kejadian gempa bumi Tsunami telah sekali lagi melanda bumi Indonesia dan kali ini ia menyapu dahsyat daerah Selat Sunda yang berada di antara Jawa dan Sumatera.
Menurut laporan, apa yang lebih menyayat hati adalah kumpulan band unggul Indonesia iaitu Seventeen telah kehilangan dua orang ahli dan seorang pengurusnya yang turut sama menjadi mangsa maut dalam kejadian Tsunami tersebut.
Kejadian itu berlaku ketika kumpulan Seventeen sedang ligat membuat persembahan nyanyian di atas pentas dalam sebuah acara keraian di sebuah resort berhampiran laut, sebelum secara tiba-tiba pentas hiburan tersebut runtuh dipukul ombak Tsunami tanpa sebarang amaran Sabtu lalu.
Dua orang ahli Seventeen yang menjadi mangsa maut Tsunami adalah pemain bass yang dikenali dengan nama Bani dan gitaris bernama Herman.
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, ketua kumpulan Seventeen iaitu Riefian Fajarsyah kemudian dikhabarkan merayu agar isteri tercinta kembali ke pangkuannya apabila turut hilang dihanyutkan Tsunami bersama beberapa ahli kumpulan yang lain bahkan sehingga kini, dia sendiri tidak tahu nasib yang menimpa isterinya itu.
Dalam beberapa buah posting terkini di akaun Instagram miliknya, Riefian menzahirkan rasa rindu dan sedih terhadap kehilangan isteri.
Membuatkan ramai pengikut dan peminat lebih sebak apabila semalam rupanya hari jadi isterinya, Dylan, yang juga pelakon dan seorang pengacara program televisyen terkemuka.
Tonton Video Detik Cemas Kumpulan Seventeen Dihanyutkan Ombak Tsunami
Sekurang-kurangnya, lebih 800 mangsa terlibat dalam kejadian Tsunami mengejut itu dan lebih 222 mangsa disahkan maut akibat lemas dan kecederaan serius. Manakala, ramai lagi yang masih dilaporkan hilang.
Mangsa yang terselamat pula kebanyakannya patah tulang.
Beberapa bulan lalu, Tsunami turut melanda dearah Palu di Indonesia dan ia disyaki berpunca dari gegaran serta pergerakan tanah yang disebabkan letusan gunung berapi berhampiran.
Takziah Wanista ucapkan dan semoga ahli keluarga mangsa yang terlibat tenang menghadapi dugaan.