Maklumlah, ibu bapa moden zaman sekarang memang ramai yang kerja makan gaji. Kalau dah namanya kerja makan gaji memang sibuk sakanlah pada hari-hari biasa.
Sampai hujung minggu, dah kemaruk pula hadirkan diri ke rumah-rumah orang kahwin sepanjang cuti sekolah ni kan? Jadi memang tak ada masa sangat nak siapkan barang-barang sekolah anak.
Wanista peka dengan kesempitan masa ibu bapa sekalian dan pada yang masih mencari-cari lubuk gudang perkakas dan keperluan back to school, ini 5 lokasi pilihan untuk kamu membeli-belah di saat-saat akhir!
#1 Karnival BTS, Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi
Berlangsung sejak 3 Disember lalu hingga 6 Januari tahun hadapan, ramai yang tidak tahu di sini ada karnival kembali ke sekolah sedang berlangsung secara besar-besaran!
Menawarkan lebih 20 vendor pengedar perkakas sekolah dari seluruh Malaysia, dapatkan pelbagai jenama keperluan dan perkakas sekolah dari baju seragam hinggalah ke peralatan menulis dan aksesori sekolah pada harga borong.
Dengar cerita, memang ramai mak-mak yang puas hati lepas shopping keperluan sekolah anak di sini. Korang yang belum pergi tu bila lagi? Tinggal berapa hari je lagi sebelum mereka mulakan kembali penggal persekolahan untuk tahun 2019!
Alamat: Berhampiran Pasaraya Billion dalam Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi | Persiaran Bangi, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor
Nombor Telefon: 03-89200663
Waktu Operasi: Setiap hari dari jam 10am – 10pm
Facebook: [facebook.com/mypknsbangi]
#2 Pasaraya MU & Kawan Mu
Dengar kata ini antara gedung yang menjual pakaian seragam termurah iaitu sekitar RM26 sepasang! Biarapa pun jenama, kalau takut kualiti tak baik, boleh beli lebih sedikit jika harganya murah begini betul tak? Khas untuk ibu bapa yang kurang berkemampuan, bolehlah bawa anak-anak ke mana-mana Pasaraya MU Sdn Bhd atau Pasaraya Kawan MU Sdn Bhd yang ada di seluruh negara.
Memang jimat dan bukan hanya terhad kepada pakaian seragam sekolah, pakaian sukan, anak tudung, tudung, singlet, kasut dan segala macam rekaan beg sekolah turut ditawarkan buat pelanggan yang mempunyai bajet tertentu untuk keperluan sekolah anak-anak.
Cawangan: Taman Maju Jaya, PJ | Taman Sri Manja, PJ | Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi |Pusat Perdagangan Puchong Prima| Jalan Dinar F, Subang Perdana | Presint 15, Putrajaya | Jalan Teluk Pulai, Klang | Jalan Reko, Kajang | Bukit Sentosa, Rawang
Nombor Telefon: 03-7772 9139
Waktu Operasi: Setiap hari dari jam 10am – 10pm
Facebook: [facebook.com/pasarayakmu]
#3 MYDIN Malaysia
Menurut perkongsian para ibu di Facebook, jika kamu adalah ibu bapa yang obses dengan pakaian seragam sekolah jenama Canggih kerana materialnya yang lebih tahan lasak serta selesa dipakai anak-anak… Boleh cuba cari di gedung-gedung cawangan Mydin.
Ini kerana harga yang dijual di Mydin nampak jauh lebih murah dari pengedar dan pasaraya lain. Lebih banyak diskaun, lebih jimatlah bajet mak ayah sekalian kan?
Tempoh promosi hebat kembali ke sekolah oleh Mydin adalah dari 13 Disember 2018 hingga 6 Januari 2019 nanti!
Alamat: Semua cawangan Mydin seluruh Malaysia
Nombor Telefon: 1-300-30-8786
Facebook: [facebook.com/MydinMalaysia]
#4 Jualan Gudang Bintang Fesyen
Viral di media sosial sekitar beberapa minggu lalu bahawa gedung pakaian Bintang Fesyen buat jualan murah kembali ke sekolah besar-besaran dengan menawarkan pakaian seragam sekolah serendah RM1 sehelai! Ibu bapa mana yang tak girang bila dengar berita ni betul tak? Rasanya nak beli sepuluh helai pun tak ralat kalau harga runtuh macam ni.
Kalau kamu masih belum berkesempatan, bolehlah pergi sekarang sebab jualan murah ni masih berlangsung sehingga 1 Januari 2019 nanti. Sementara stok saiz anak-anak kamu masih ada!
Alamat: Lot 19, Jalan E 1/4, Kawasan Perindustrian Taman Ehsan, 52100, Kepong, KL
Nombor Telefon: 03-62741851
Waktu Operasi: Setiap hari dari jam 10am – 7pm
Facebook: [facebook.com/bintangfashion]
#5 Pasaraya Borong Sakan
Kalau tadi kita ada baju sekolah RM1 sehelai, yang ini lagi dahsyat bila jual tudung sekolah pada harga cuma 50 sen! Jadi tak ada alasan ye untuk para ibu bapa tidak membeli perkakas dan keperluan sekolah baru untuk anak-anak.
Tudung sekolah 50 sen sehelai ni ada di beberapa cawangan Pasaraya Borong Sakan terpilih seluruh Malaysia dan stok adalah sangat terhad. Tinggal empat hari sahaja lagi untuk mereka tamatkan promosi jualan murah Back-to-School ni!
Alamat: Cawangan Pasaraya Borong Sakan terpilih seluruh Malaysia
Facebook: [facebook.com/SAKANHQ]
Kalau nak anak-anak tu rasa bersemangat mulakan penggal persekolahan baru mereka masuk tahun 2019 ni, hadiahkan mereka dengan pakaian dan aksesori ke sekolah yang serba baru okay?
Tonton Tips Kemaskan Baju Dalam Seluar
https://www.youtube.com/watch?v=K9gvLVb5E0c
Ingat, sesusah mana pun kita sebagai ibu bapa, mainkanlah peranan terbaik untuk anak-anak iaitu sebagai orang tua yang bertanggungjawab dalam menyediakan kebajikan buat mereka. In shaa Allah, jasa kita terhadap anak-anak pasti akan dibalas baik suatu hari nanti jika kita ikhlas.
Selamat membeli-belah semuanya! ❤