Siapa tak suka dengan animasi Disney? Seperti Toy Story yang bakal melancarkan sekuel filemnya yang ke-4 sekitar pertengahan tahun hadapan, bukan kanak-kanak sahaja menggemari jalan ceritanya tetapi orang dewasa seperti kita pun memang kenal benar dengan watak Toy Story seperti Woody dan Buzz Lightyear tu!
Baru-baru ini, jenama produk kosmetik dan kecantikan Korea terkemuka iaitu Innisfree tampil unik -berkolaborasi bersama Disney Toy Story untuk menghidangkan pengguna dengan seleksi produk hebat yang dihias ceria dengan karakter-karakter hebat dari Toy Story.
Kesemua kotak, balang dan botol pembungkusannya dihiasi warna-warni memukau sambil dihiasi wajah-wajah karakater Toy Story menarik tau!
Boleh dapatkan pada harga sama, alangkah seronoknya bagi kamu yang gemar mengumpul mekap itu memanfaatkan koleksi Innisfree x Toy Story ini untuk disertakan bersama sebagai simpanan edisi terhad.
Kesemua koleksi edisi terhad Innisfree x Disney Toy Story akan mula dipasarkan sekitar Malaysia bermula Januari 2019 akan datang! Jangan ketinggalan untuk dapatkannya sementara stok masih ada okay?
Untuk keterangan lanjut, sila klik [innisfree.com/my]