Aduhai kesiannya…
Badan penapisan Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) telah memecat ketua saluran Kish TV selepas menyiarkan filem Jackie Chan tanpa mengeluarkan adegan seks.
Video yang dikongsikan secara atas talian oleh penonton Iran menunjukkan bintang seni mempertahankan diri Hong Kong itu melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dalam filem Shinjuku Incident.
Media Iran berkata adegan “tidak bermoral” itu disiarkan oleh Kish TV, sekaligus melanggar undang-undang penapisan penyiaran oleh badan berkuasa IRIB.
“Adegan tersebut bertentangan dengan prinsip IRIB yang akhirnya membawa kepada pemecatan dan teguran kepada beberapa pekerja Kish TV yang mengambil sikap sambil lewa, ” jelas Ketua Pengarah IRIB.
Di Iran, hubungan fizikal antara lelaki dan wanita sama sekali tidak dibenarkan di skrin.