Akan mula dipasarkan sekitar Januari ini, kelasnya bila dapat berpakaian serba mewah dengan warna-warni edisi terhad dari koleksi PUMA x Bradley Theodore ni!
Menghimpunkan 23 helaian dan item fesyen unik, setiap satunya dihiasi cetakan berseni hasil karya pelukis jalanan kreatif Bradley Theodore.
Apa yang lebih mengujakan, efek cetakan pada setiap item fesyen kolaborasi PUMA x Bradley Theodore ini dihasilkan secara realistik umpama dicat menggunakan teknik semburan bermotif tengkorak, bentuk hati dan pelbagai lagi simbol eksentrik untuk melengkapi jiwa si pemakai yang pastinya berseni.
Selain itu, boleh kata rata-rata helaian fesyen PUMA x Bradley Theodore ini adalah universal kerana boleh digayakan baik lelaki mahupun wanita. Apa yang penting, si pemakai itu tahu memadankannya dnegan aksesori bersesuaian serta perlu ada keyakinan diri yang tinggi bila bergaya sakan melebihi satu warna di badan.
Bagi yang tetap dengan pilihan klasik, terdapat beberapa pilihan kasut yang mungkin menepati cita rasa kamu termasuklah PUMA Basket Mid Bradley Theodore, PUMA Clyde x Bradley Theodore dan PUMA Thunder x Bradley Theodore. Ada diantaranya diperbuat daripada material kulit asli bahkan turut disertakan cetakan warana-warni mewah berdasarkan
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/PUMAMalaysia].
Tonton Video Pengenalan Koleksi PUMA x Bradley Theodore
https://www.youtube.com/watch?v=ZaMQ3PCJmOg