Gatal adalah sensasi kulit biasa yang disebabkan oleh pelbagai sebab. Sama ada anda mengalami kulit kering, tindak balas alergi atau gigitan nyamuk, kegatalan adalah gejala penyakit yang biasa.
Walaupun keadaannya adalah ringan dan jarang menunjukkan sebab yang serius, ia boleh mengganggu aktiviti harian anda.
Berikut adalah beberapa barang dapur yang mungkin membantu anda melegakan kulit gatal:
Aloe Vera
Aloe vera sangat baik untuk mengubati beberapa penyakit kulit kerana ciri antibakteria, antikulat, dan anti-radang yang dimilikinya. Aloe vera dikenali sebagai bahan yang menenangkan kepada kulit.
- Foto – Cooking with Books
Cuka Epal
Cuka epal mengandungi asid asetik yang membantu mengatasi jangkitan kulit atau alergi kulit yang boleh menyebabkan atau menimbulkan kegatalan.
Anda boleh menggunakan cuka secara langsung atau mencairkannya dengan air sebelum diaplikasi pada kulit. Jika ini menjengkelkan kulit anda, hentikan penggunaannya.
- Foto – Healthline
Calendula
Calendula mempunyai ciri-ciri anti-radang dan antibakteria. Ini menjadikan ia satu rawatan yang berpotensi untuk menenangkan ruam, kerengsaan kulit, ekzema, kulit kering, lebam dan luka.
Sapukan minyak kalendula di kawasan yang terjejas dan biarkan selama beberapa jam, ulangi sekurang-kurangnya dua kali sehari sehingga anda melihat perubahan.
Selain itu, boleh juga tambah beberapa titisan minyak kalendula dalam air mandian dan rendam di dalamnya selama 15 minit.
- Foto – Livestrong.com
Minyak Zaitun
Minyak zaitun membantu dalam penyembuhan dan membaiki kulit memandangkan ia penuh dengan vitamin E dan antioksidan. Ia juga melegakan kulit dan mengurangkan gatal-gatal.
Gosok minyak zaitun atau gabungkan minyak zaitun dengan minyak pati pada kulit untuk melegakan kulit kering. Gunakannya hanya dua kali seminggu sahaja.
- Foto – Medical News Today
Chamomile
Chamomile melegakan gata-gatal, melegakan kulit, mengurangkan keradangan dan membantu menyembuhkan kulit kerana ia mempunyai sifat-sifat anti-iritasi dan anti-radang.
Rendam kain di dalam teh chamomile dan letakkan di tempat yang anda alami kegatalan, ulangi dua atau tiga kali sehari.
- Foto – advancedmixology.com
Minyak Kelapa
Minyak kelapa mengandungi asid lemak penting yang boleh membantu menjaga kulit anda terhidrat dengan melindungi dari kesan yang merosakkan alam sekitar. Ia boleh ditambah dalam diet harian atau digunakan terus ke kulit sebagai pelembap.
- Foto – The New York Times
Jeli Petroleum
Jeli petroleum sangat fleksibel, dan ia digunakan di seluruh dunia untuk melindungi dan menyembuhkan kulit kering, dari tangan yang kering, kulit retak pada tumit, serta untuk tujuan kecantikan, seperti melembutkan bibir atau menonjolkan tulang pipi. Segalanya mudah dengan jeli petroleum.
- Foto – Natural Living Ideas
Selepas ini kalau ada gatal-gatal di kulit, cuba praktikkan cara ini. Insyaallah mujarab!