Kalau kamu gemar menonton rancangan memasak mahupun saluran-saluran kembara makanan di televisyen, kamu pasti kenal benar dengan susuk bernama Andrew Zimmern yang merupakan salah seorang sleebriti chef terkemuka di US ini.
Baru-baru ini, nama beliau terpalit dengan kontroversi apabila dia dikatakan sudah dipecat gara-gara menghina perniagaan restoran-restoran Cina dengan gelaran “tahi kuda”.
Situasi itu berlaku dalam salah sebuah episod rancangan “Biazarre Foods” yang dihoskan sendiri Andrew Zimmern menerusi Travel Channel dan untuk pengetahuan semua, “Bizarre Foods” adalah siri realiti televisyen yang bakal memperlihatkan beliau (Andrew Zimmern) mencuba makanan-makanan pelik beberapa destinasi terpilih sekitar Amerika Syarikat.
Tonton Temu Bual Andrew Zimmern Bersama Fast Company
Menurut berita yang dikemukakan Time.com, semasa temu bual antara Andrew dan Fast Company berlangsung, Andrew dalam masa yang sama ada mempromosikan restoran makanan Cina yang dibangunkan beliau bernama Lucky Cricket -baru sahaja dibuka kepada umum yang berlokasi di Minneapolis Mall.
Menurut Andrew lagi, dengan pembukaan restoran Lucky Cricket itu beliau sebenarnya dapat menyelamatkan ramai rakyat setempat daripada terus menikmati hidangan masakan Cina di restoran-restoran sekitar daerah Midwest yang ibaratnya seperti “tahi kuda” kerana, rata-ratanya memang menyediakan makanan yang tidak memiliki rasa serta kualiti unggul setanding jaminan yang dibuat mereka.
Akhirnya, kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman sebegitu rupa, Andrew serta-merta dipecat dariapda terus mengacarakan rancangan terbabit.
Tidak berhenti di situ, ramai pengelola serta pemilik restoran Cina termasuklah rangkaian restporan masakan Cina popular, P.F.Chang, terguris dengan kenyataan Andrew hingga ada yang menyumpah akan membenci Andrew seumur hidupnya.
Walau bagaimanapun, Andrew tampil memohon maaf di atas kesilapan dia mengeluarkan kenyataan yang agak kasar sebegitu menerusi Washington Post baru-baru ini. Manakala, kesemua rancangan yang dihoskan beliau sudah pun dialih pada waktu tontonan hari Sabtu pagi.