Rasanya tahun 2018 merupakan tahun paling bermakna buat usahawan muda Kylie Jenner.
Dengan kelahiran bayi sulung Stormi Webster, kisah cintanya bersama Travis Scott dan empayar Kylie Cosmetic yang mencecah nilai billion.
Bukan itu sahaja, separuh daripada koleksi gambar yang dikongsinya di Instagram juga mendapat perhatian netizen sehingga mengutip jumlah ‘like’ paling banyak. Yang menariknya setiap moment berharga Kylie bersama si kecil Stormi Webster mencuri tumpuan dan antara gambar miliki tanda suka paling banyak di Instagram sekitar tahun lepas.
Justin Bieber, Ariana Grande, bintang bola sepak Cristiano Ronaldo dan mendiang rapper XXXtentacion antara 10 yang viral di platform media sosial.
#1 Tanggal 7 Februari 2018 merupakan hari paling bermakna Kylie memperkenalkan bayi perempuan kepada dunia. Setakat ini sudah mengumpul 18, 048, 723 like.
https://www.instagram.com/p/Be3rTNplCHf/
#2 Siapa sangka Justin Bieber kini secara sah menjadi milik model Hailey Baldwin. Perkongsian gambarnya mengumumkan sudah bertunang dengan model tersebut berjaya mengumpul like 13, 370, 390.
#3 Kylie berkongsi gambar bersama Stormi dengan kapsyen “my angel baby is 1 month old today” mendapat tanda suka sebanyak 13, 067, 056.
https://www.instagram.com/p/BfzEfy-lK1N/
#4 Rapper XXXTentacion mengejut dunia dengan kematian mengejut akibat ditembak dan terbunuh dalam satu rompakan bersenjata.
#5 Ariana Grande berkongsi gambar ahli muzik muda Mac Miller yang maut kerana pengambilan dadah berlebihan.
https://www.instagram.com/p/Bneu_dCHVdn/
#6 Beliau merupakan individu dengan jumlah pengikut terbanyak di Instagram. Tempat ke-6 menjadi milik Cristiano Ronaldo yang berkongsi gambar bersama keluarga menyambut Krismas.
#7 Satu lagi gambar Cristiano disaat pengumuman rasmi menyertai kelab gergasi Itali Juventus.
#8 Gambar Kylie dalam dress bertali bersama Stormi yang telanjang bulat mencuri tumpuan netizen.
https://www.instagram.com/p/BmRZH7NFwi6/
#9 Serba merah jambu Kylie-Stormi ketika meraikan festival Halloween Oktober lalu.
https://www.instagram.com/p/BpiIJCUnYwy/
#10 Seksa mata tengok keseksian ibu muda ini dalam skin tight dress sambil mendukung Stormi.
https://www.instagram.com/p/BoAi9rPH5ZG/
Kesimpulannya kita dapat lihat koleksi gambar bersama keluarga dan orang tercinta yang akan menarik ramai orang melihat sekaligus menekan tanda suka.
Selamat Tahun Baru!