Masih belum habis demam Miss Universe 2018.
Tahniah buat Filipina kerana sekali lagi berjaya merangkul mahkota Miss Universe 2018.
Walaupun Catriona Gray yang miliki takhta tetapi everyone favorite Miss Universe Vietnam ternyata punya kisah yang unik malah stail ikonik cukup dikagumi. Dengan potongan rambut dan kulit sawo matang, H’Hen Nie, 26, lari daripada kecantikan standard untuk setiap pertandingan ratu cantik – kulit cerah dan berambut panjang.
Setuju kalau penulis katakan Miss Universe Vietnam ini merupakan peserta kegemaran ketika pertandingan selain Catriona Gray? Kerana popularitinya, penulis pasti ramai ingin mendapatkan potongan pixie yang sama persisnya. Siapa kata potongan pixie hanya untuk lelaki sahaja, ini ada beberapa contoh cool, stailo membuatkan penampilan lebih ranggi untuk tahun 2019.
Sesekali cuba lari daripada kebiasaan berambut panjang..
#1 Nak nampak sisi feminin, cuba kepilkan klip rambut yang menonjol seperti dilakukan oleh bintang Filipina Sue Ramirez.
#2 Lari daripada potongan pixie biasa, cuba tiru stail ikon Goldie Hawn yang berstruktur. Rasanya penampilan kelihatan lebih comel daripada biasa.
#3 Betullah orang kata fesyen itu berputar. Siapa sangka trend fringe toncet sudah ada sejak di zaman Audrey Hepburn lagi.
#4 Serba simplicity dengan potongan pixie yang sleek, membuatkan gaya anda bukan sahaja cool malah anggun sekali.
#5 Titipkan aksesori rambut supaya memberi warna ke dalam penampilan harian. Ambil contoh model Cara Delevingne yang memakai cekak rambut rona hitam.
Inginkan pelbagai gaya pixie, lihat sahaja lampiran ikonik di sini.
Selamat Beramal!