Di zaman yang pesat dengan teknologi kini, masyarakat kita semakin maju dengan pendidikan dan dunia luar. Anak-anak kini pantas dalam mendapat ilmu dan jelas dengan perkara yang diterima. Menjadikan mereka lebih celik dari kita lebih lagi dalam bab bahasa.
Kalau anda lihat anak-anak selebriti contohnya, mereka lebih selesa untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris daripada bahasa ibunda. Sudah menjadi trend pula anak kecil wajib tahu berpetah dalam bahasa mat salleh. Wanista cukup kagum kalau melihat kanak-kanak yang bijak bahasa dan juga tertib ketika mengatur bicara. Namun ada besar kemungkinan juga diantara mereka akan lupa untuk bercakap dalam Bahasa Malaysia. Tidak terkecuali dengan pelat dan salah penggunaan ayat.
Trend baru ini menimbulkan satu persoalan, adakah mengajar anak berbahasa Inggeris menjadi keperluan? Atau hanya perlu belajar di sekolah?
Kelebihan
Umum kita tahu, Bahasa Inggeri adalah bahasa pengantar terbesar di dunia, tapi tidak cukup besar kerana Bahasa Mandarin lebih ramai penggunanya. Namun ia tetap satu kelebihan untuk anak-anak apabila menempuh dialam pekerjaan dan sekaligus memberi peluang yang besar terutamanya secara global.
Kelemahan
Besar kemungkinan anak anda mungkin akan lemah dalam Bahasa Malaysia. Kemudian boleh menyebabkan berlaku kesukaran untuk berkomunikasi bersama keluarga atau rakan-rakan yang tidak memahami Bahasa Inggeris.
Anda sekarang mungkin fikir, budak-budak kalau pelat memang comel. Tapi cuma fikir jauh, bila dah dewasa..masih comel lagi ke? Teringat pula kes King Coco.
Solusi
Peranan anda sebagai ibu bapa ialah sentiasa memantau sesi pembelajaran anak. Cadangan Wanista tidak perlu untuk 100% dan 24 jam seminggu berbahasa asing dengan anak. Adakan waktu-waktu atau hari istimewa untuk mengasah lidah si anak. Contohnya pada hari Isnin dan Rabu wajib bertutur Bahasa Inggeris kecuali pada hari lain. Cara ini juga tidak membebankan si anak dan mampu memberi mereka idea tentang dua bahasa ini.
Sebenarnya tidak kiralah pandai dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia, yang penting berbudi bahasa itu ada.