Bibir kering, menggelupas sememangnya mengganggu mood sehingga diri kita menjadi malu.
Mentholatum Lip Care. jenama penjagaan bibir yang terkemuka menghasilkan formula untuk mengubah cara menjaga bibir anda. Untuk menangani permintaan ini, Mentholatum Lip Care telah menghasilkan CC Lip Cream.
Apa maksud CC?
Singkatan “CC” bermaksud “color correction” atau pembetulan warna yang menunjukkan keupayaan krim bibir untuk memulihkan bibir kusam, mencantikkan dan memulihkan warna bibir, serta menyerikannya.
Sesuai untuk kegunaan harian, CC Lip Cream memberi 5 manfaat penjagaan yang anda perlukan – penghidratan mendalam dengan Super Hyaluronic Acid dan Ceramide, rawatan berkhasiat dengan Meadowfoam Seed Oil dan Moroccan Argan Oil, meningkatkan keanjalan dengan bahan unik Mentholatum iaitu Maxilip yang memberi anda bibir lebih penuh dan sebu, manfaat pencerahan yang meningkatkan warna semulajadi bibir anda dan Vitamin E yang memulihkan dengan antioksidan untuk melembutkan bibir dan melawan penuaan pramatang.
CC Lip Cream menawarkan 2 warna yang menarik (01 Ardent Red atau 02 Innocent Pink) boleh didapati dengan harga RM16.80 di semua farmasi seluruh negara.