Lumrah untuk setiap selebriti memakai busana, sepatu, aksesori mahal ketika berjalan di karpet merah tapi siapa sangka si hitam manis Lupita Nyong’o mengambil pendekatan sebaliknya.
Aktres serba boleh yang juga merupakan ikon fesyen, Lupita Nyong’o mencuri tumpuan apabila selesa memakai tumit tinggi dari jenama mampu milik bahkan harganya sangat murah.
Anggun dalam sepersalinan dress kemban ungu berperincian sequin dari Calvin Klein memasangkan dengan tumit tinggi dari jenama jalanan Aldo sahaja. Ya.. Calvin Klein dan Aldo.
Walaupun agak sukar dilihat kerana kepanjangan dress tapi mata netizen cukup tajam meneka sepatu berharga $45 (RM185) yang dipakai aktres 35 tahun ini.
Lupita hadir bersama para pelakon filem Black Panther yang mendapat pencalonan Filem Terbaik, Skor Original Terbaik dan Lagu Terbaik “All the Stars”.
Akhirnya ada juga fesyen mampu milik boleh kita semua beli.
Tapi bukan jenama Aldo selalu buat kaki sakit…Oppss..
Suka tengok fesyen Lupita Nyong’o di karpet merah, sentiasa tampil dengan warna yang ceria dan meriah.