Jika anda merasakan sendawa sejurus selepas makan satu perbuatan yang biadap, fikir lagi sekali.
Kelakuan biasa yang anda lakukan yang mendorong orang memandang serong sebenarnya satu tindakan sopan malah layaknya dipuji di negara luar.
Nak tahu kelakuan apa yang dimaksudkan?
#1 Sendawa Di Meja Makan
Di China dan Taiwan, sendawa adalah satu bentuk pujian – ini bermakna anda menyukai makanan tersebut. Tuan rumah menganggap bunyi ‘burrppp’ itu pujian.
#2 Datang Lambat
Bila ramai menyampah dengan orang yang datang lambat tapi siapa sangka ada negara sangat value orang sedemikian. Di India dan Venezuela, ia masih boleh diterima jika kita tiba 15 atau 30 minit lambat dari jadual asal. Kenapa? Mereka lebih santai tentang masa dan memahami.
#3 Suap Makanan Dengan Tangan
Anda merasakan tindakan menyuap makanan dengan tangan merupakan satu perbuatan kotor melainkan mempunyai pertalian dengannya. Tapi, di Ethiopia, menyuap orang lain dengan tangan merupakan satu isyarat nilai murni. Tradisi ini dipanggil gursha yang bertujuan untuk membina kepercayaan dan ikatan sosial antara mereka yang berkongsi makanan.
#4 Hirup Kuah Dengan Kuat
Adakah anda akan memandang pelik seseorang jika dia menghirup kuah dengan kuat sehingga kedengaran satu restoran? Slurping di Jepun dianggap sopan. Ia menunjukkan bahawa makanan itu sangat enak dan anda nikmatinya dengan baik. Tetapi berhati-hati, slurping tidak dianggap sopan di kebanyakan negara Asia, contohnya Thailand dan China boleh menerima tetapi tidak digalakkan.
#5 Makanan Yang Jatuh Dimakan Semula
Kalau kita makanan yang sudah jatuh akan dibuang terus kerana sudah dicemari bakteria tapi beberapa buah negara Timur Tengah mengamalkan sebaliknya. Makanan yang sudah jatuh ke tanah, diangkat lalu dicium dan ditepuk ke dahi sebelum diletak semula ke pinggan. Ini menunjukkan rasa hormat terhadap makanan dan pembuatannya.
#6 Makan Bersepah
Kalau kita lagaknya dianggap biadap dan membazir tetapi tidak di China, perbuatan sebegini merupakan tanda pujan kepada tuan rumah. Bila anda makan dengan bersepah, itu menunjukkan anda enjoy setiap makanan yang dihidangkan tuan rumah, orang kata sebagai tanda terima kasih.
#7 Asingkan Bil
Tahukah kamu perbuatan mengasingkan bil setiap kali keluar makan merupakan tindakan tidak sofistikated. Ya, berlaku di Perancis, untuk mengelakkan tatapan serong, anda haris menawarkan untuk membayar keseluruhan bil atau membiarkan orang lain membayarnya. Jangan sesekali mengasingkan bil.
Baca : 10 Etika Pemakanan Kamu Mesti Tahu Bila Berkunjung Ke Negara Ni
Bila datang tempat orang jangan sesekali buat perangai ye. Jangan bagi malu Malaysia. Selamat Bercuti!