Selain rekaan menakjubkan dan status ikon fesyen, bekas anggota Spice Girls terkenal dengan penampilan yang dingin setiap kali gambarnya diambil paparazzi. Keadaan itu menyebabkan orang melabelkan dia tidak mesra dan ia sekaligus memberi reputasi tidak baik. Bukan itu sahaja, David Beckham pernah berseloroh isterinya itu serius 24 jam, susah nak menampakkan senyuman di bibir.
Rasanya jika anda mengikuti kehidupan Victoria, dia memang terkenal dengan imej ‘Resting Bitch Face’ – orang kata individu yang langsung tak ada perasaan.
Bila ditanya Majalah Vogue kenapa dia tidak pernah tersenyum, jelas Victoria “I’m smiling on the inside.”
Maksud Resting Bitch Face
Resting Bitch Face atau dikenali sebagai RBF, adalah ekspresi wajah yang tidak sengaja muncul, seolah-olah marah, jengkel atau seakan-akan menghina, terutama ketika individu itu sedang bersantai, berehat atau langsung tidak berbuat apa-apa. Dengan kata mudah, ketika sedang gembira, bahagia, sedih, marah, takut, terkejut, jijik dan sebagainya, ekspresinya sama sahaja neutral. Kita yang melihat tidak tahu apa reaksi sebenar individu sebegini.
Baca: Punya Ekspresi Menjengkelkan, 11 Individu Terkenal Dengan Imej “Resting Bitch Face”
Susahnya dia mahu senyum menampakkan gigi sampaikan netizen puas menyelongkar koleksi gambar lamanya.
#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
Kalau anda perasan, Victoria Beckham stop senyum sejak meninggalkan kumpulan Spice Girls ketika zaman muda-mudi.