Alangkah beruntung si kecil ini.
Apakan tidak, bayangkan baru setahun tapi sudah dilamar menjadi wajah baru produk syampu tersohor Pantene. Apa istimewanya dia?
Sekitar tahun lepas Baby Chanco dari Jepun ini mencuri tumpuan netizen serata dunia kerana rambut yang dimilikinya. Baby Chanco mempunyai rambut lebat, hitam berkilat, sihat malah saiznya cukup besar. Dilaporkan bahawa Chanco sememangnya dilahirkan dengan kepala penuh rambut pada 23 Disember 2017. Dan sekarang siapa sangka bayi comel ini diangkat menjadi wajah Pantene yang baru di Jepun.
Menurut ibu Chanco, Mami Kano, pada awalnya dia sekadar suka-suka berkongsi gambar Chanco di Instagram untuk diari harian tetapi tidak menyangka feedback yang dimiliki malah anaknya itu menjadi sensasi internet dalam masa yang singkat. Rata-rata memberi kata-kata pujian dan menyukai rambut Chanco malah ada juga bertanya tips penjagaan rambut yang dilakukan Chanco bagi kekal sihat bermaya.
https://www.instagram.com/p/BsUUcUigxfV/?utm_source=ig_embed
Iklan Pantene menampilkan Chanco bersama pembaca berita Jepun Sato Kondo yang dikagumi kerana rambut berubannya.
“Kami berjumpa dengan ibu Chanco dan jatuh cinta akan keperibadian serta imej Chanco yang sangat padan dengan fokus kami. Kami merasakan rambut semulajadi Chanco mempunyai kuasa kuat yang membuat orang positif dan bergerak maju,” jelas pengarah jenama bersekutu penjagaan rambut P&G Japan, Yoshiaki Okura.
https://www.youtube.com/watch?v=5qf4S4Y2tac
Comelnya Baby Chanco ni….