Bila tiba musim Tahun Baru Cina, pasti warna yang didambakan semua adalah warna merah kerana ia dianggap membawa tuah ajaib yang bisa menggalak kehidupan harmoni untuk tahun-tahun yang mendatang.
MAC selaku jenama kosmetik ternama tahun ini kembali dengan koleksi Tahun Baru Cina yang lebih berahi memukau dengan banyak pilihan tona merah menerusi gincu, pemerah pipi dan berus bedak.
Bukan itu sahaja, paket pembungkusan untuk koleksi MAC Lucky Red juga serba merah sambil dihiasi ukiran mewah bermotifkan floral peony. Cantik untuk dibuat simpanan peribadi mahupun pemberian manis buat yang tersayang.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/MACcosmetics] atau lawat laman sesawang rasmi MAC Malaysia di [maccosmetics.com.my].
Koleksi MAC Lucky Red boleh mula dibeli secara atas talian sekarang pada harga RM88 hingga RM170 setiap satu.