Jangan salah faham. Baca artikel ini sampai habis.
Apa yang dimaksudkan penulis ialah jika tidak menukar tuala yang diguna sehinga bertahun-tahun bukannya tidak menukar tuala yang digunakan harian sehingga lima tahun! Jangan cepat melatah.
Gila agaknya jika tidak pernah langsung membasuh tuala yang dipakai secara harian. Paling kurang sebulan sekali wajib dibasuh. Perkara yang ingin dibincangkan hari ini ialah mengenai bila waktu yang sesuai untuk melupuskan tuala yang lama? Sebenarnya fabrik tidak ditetapkan dengan tarikh luput tapi ia harus diganti jika mempunyai tanda-tanda ini.
Berbau
Tuala anda mungkin sudah mula berbau hapak dan baunya sukar hilang walaupun sudah dibasuh banyak kali. Biarpun dijemur kering tapi bau hapak dan busuk masih lagi melekat.
Baca: 5 Benda Ini Jangan Lupa Tukar Kalau Tak Nak Dijangkiti Penyakit
Kasar
Kekerapan membasuh tuala boleh merosakkan kelembutan dan daya penyerapan tuala. Namun anda harus membasuh tuala dalam seminggu sekali, bagi menjaga kebersihannya. Jika tuala fabrik telah kasar dan menipis ini adalah masa yang sesuai untuk mengganti dengan tuala yang baru.
Jangan pula mudah untuk membuang begitu sahaja tuala mandi anda. Mungkin anda boleh kitar semula kegunaannya dengan jadikan kain lap didapur atau mengemas rumah.
Selamat beramal!