Monday, April 19, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Ada Beza Ke Produk Kecantikan Lelaki Dengan Wanita?

by Izzah Azizah
January 12, 2019
33
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sekarang lelaki juga berlumba-lumba menjaga kebersihan dan kecantikan kulit wajah. Kalau lihat di media sosial, sudah rama kaum lelaki yang mula berkongsi tentang tips penjagaan wajah mereka. Ia boleh dipraktikkan juga oleh para wanita kerana ianya tiada beza pun kecuali mengikut kondisi kulit dan produk. 

Di rak ruangan produk penjagaan kulit terpampang masker untuk kaum lelaki, serum dan sebagainya. Biasanya kita hanya nampak deodoran, minyak wangi atau krim mencukur sahaja. 

Dari pemerhatian penulis, lelaki lebih suka menggunakan produk dari kaum wanita. Untuk menjelaskan lagi perkara ini, anda kena faham kebanyakan produk kecantikan tidak menyatakan produk ini untuk kulit wanita semata-mata. Tidak kira jantina apa sekalipun boleh guna.

Pencuci Muka Men’s Bioré Double Scrub Acne Solution Solusi Masalah Jerawat

June 4, 2014
Foto – Paula’s Choice Singapore

Namun berbeza ada sesetengah jenama kononya hanya menformulasikan produk mereka untuk lelaki. Timbul persoalan seperti beza ke kulit lelaki dengan wanita? Ada ke bahan yang tidak boleh digunakan untuk kaum Adam dalam produk kaum Hawa?

Kulit lelaki lebih berminyak

Sebum  minyak kulit lelaki lebih tinggi berbanding wanita, jadinya kulit mereka mudah dinaiki jerawat. Jika wanita suka produk yang melembabkan kulit tapi kaum lelaki gemar produk yang cepat menyerap dan tidak meninggalkan rasa berminyak. Senang cerita mereka mahu kulit terasa kering dan terasa ringan walaupun memakai krim. 

IKLAN

Kandungan produk

Menurut dari pakar dermatologis Harold Lancer, epidermis (lapisan luar kulit) dan dermis (lapisan dalam kulit) lelaki tebal. Jadinya mereka memerlukan krim atau produk yang lebih tinggi dan pekat kandungannya. 

Foto – Business Insider
Iritasi

Seperti yang kita tahu, masalah kulit yang dihadapi oleh wanita sentiasa dikaitkan dengan keadaan hormon. Tidak pula dengan kaum lelaki yang masalahnya datang dari perkara sekeliling seperti pencemaran, pemakanan dan kebersihan. Walaubagaimanapun lelaki mengalami masalah iritasi yang kerap dari kesan bercukur. Terutamanya pada mereka yang menyimpan jambang, misai atau janggut. Ini kerana mereka kadang kerap bercukur sehingga menjadikan kulit dibahagian berbulu kasar dan luka. Sebab itulah ada produk yang dikeluarkan khas untuk masalah iritasi selepas bercukur.

Bergantung pada kehendak 

Lelaki dan wanita, ialah sememangnya individu dari dua dunia yang berbeza. Mereka mempunyai kehendak dan pendapat masing-masing. Kaum wanita kebanyakannya inginkan produk yang boleh mencerahkan kulit dan bagi mereka dengan menggunakan hanya 2 – 3 produk tidak cukup untuk menjaga kulit. Berbeza dengan lelaki yang mahu penjagaan yang ringkas dan cepat.

Foto – Rosemary Fusca Blog – Typepad

Kesimpulannya, tiada salah atau betul jika lelaki atau wanita ingin menggunakan produk apa-apa pun. Ianya hanya strategi pemasaran jenama dan menambah rangkaian produk. Paling penting ialah rutin dan bijak dalam memilih produk yang bersesuaian masalah kulit.

RUJUKAN 1 & 2  

Tags: apa beza kulit lelaki dan wanitabeza produk lelaki dan wanitakelebihan produk skincare lelakipenjagaan kulit lelakiperbezaan kulit lelaki dan wanitaproduk skincare lelaki
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

Dahsyat! Punggung Flawless Sebab Ikut Step Ini Saja

‘Bersihkan’ Kawasan Intim Dengan Lakukan Brazilian Wax Di Sekitar KL

Aktres Cantik Ini Buktikan Bahan Dapur Pun Boleh Buat Muka Flawless

Trik Pelik Untuk Kekal Muda, Wanita Dedah Guna Susu Badan Saja!

Jangan Terlebih, Dos Yang Betul Patut Kamu Ambil Suplemen Vitamin C

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.