Jika anda merupakan Kpopers pasti mengetahui baru-baru ini terdapat remaja mencacah tatu berbentuk ahli kumpulan BTS Jungkook tular di media sosial.
Sejak itu rata-rata netizen ingin mengetahui gerangan lengan misteri siapakah yang sanggup membuat tatu berbentuk idol kesayangan ramai itu.
Tatu yang menunjukkan Jungkook sedang mendepangkan kedua tangan ketika berdiri di belakang trak berjaket kning, adalah babak dalam video muzik BTS “Euphoria: Theme of Love Yourself 起 Wonder.”
Tatu minimalis dengan perincian yang cukup detail serta kemas itu tular secara meluas selepas dikongsi oleh ARMY (fandom rasmi BTS). Siapa sangka kerana tatu itu, pemiliknya seorang pelajar Singapura berusia 18 tahun menjadi insta famous sehingga netizen mula membanjiri akaun Instagramnya.
Empuanya diri Michelle Tan memberitahu, dia mencacah tatu semasa melancong ke Korea Selatan. Tan berkata rakan memperkenalkannya kepada artis tatu Saegeem yang berpusat di Seoul, yang dia bayar 400,000 won ($358). Dia mendedahkan bahawa dia menyukai “kesan vintage” pada tatunya.
https://www.instagram.com/p/BsAYcZKH7Jy/?utm_source=ig_embed
Hebat tau buat tatu pun boleh popular… Penangan peminat K-pop lain macam.