Sunday, April 18, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home News

Adat Bayar Tol, Meriahkan Lagi Majlis Kahwin Orang Johor

by Izzah Azizah
January 19, 2019
Foto - kunstudioco

Foto - kunstudioco

42
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Majlis perkahwinan akan menjadi lebih seronok dan bermakna jika dihadiri dengan sanak saudara rapat, sahabat handai dan yang paling penting ialah keluarga. Jika dilakukan bersama-sama dari awal persiapan sehingga tamat majlis bukan sahaja mengeratkan semula tali silaturahim tapi ia juga sedikit sebanyak mengembalikan memori petua lama dan adat resam. 

Bukan apa, bila berkumpul ramai dengan para nenek, makcik muncul lah pantang larang yang sudah lapuk tidak dengar. Pasti ada yang tercengang bila kali pertama mendengar bukan? 

Hari ini penulis ingin berkongsi tentang adat ‘meriah’ dari negeri Johor Darul Takzim iaitu adat tol ketika hari persandingan. Istimewanya adat ini ialah mengenakan bayaran untuk pengantin lelaki duduk bersanding dengan pengantin perempuannya. Pihak pengantin lelaki akan berarak sehingga kononnya ditahan oleh sanak saudara pihak perempuan daripada bertemu.

Jenis Tol 

Jadinya pihak lelaki harus menyiapkan sampul berisi wang untuk diberi setiap seorang penjaga tol. Kalau ada sepuluh orang yang menunggu memang nasiblah! Anda kena tahu akan terdapat empat jenis yang bersiap-sedia untuk menadah tangan:

#1 Tol masuk kawasan rumah

Biasanya dikawal rapat oleh keluarga lelaki pengantin perempuan seperti datuk, pakcik atau saudara lelaki.

IKLAN

Foto – kunstudioco
#2 Tol pintu atau tangga rumah

Tol kedua lebih kecoh dengan para kakak, makcik atau saudara perempuan. Memang tak menang tangan sebab biasanya para makcik-makcik lebih tegas dan ingin upah lebih banyak!

#3 Tol depan pelamin

Kalau si pengantin perempuan ramai anak buah memang kena persiap wang tol lagi banyak. Tol kedua terakhir ini dibarisi oleh kanak-kanak yang menunggu dihadapan atau bawah pelamin.

Foto – kunstudioco
#4 Tol mak andam

Kalau yang ini si pengantin lelaki kena simpan sampul khas kerana tol ini adalah tol yang lebih mahal dari biasa. Ia juga dikenali sebagai tol buka kipas dan sebab tol ini lebih bernilai sebagai sagu hati kepada mak anda yang bertungkus-lumus menyiapkan si pengantin wanita. 

Foto – kunstudioco

Bagi penulis kalau terkena dengan tol wang boleh tahan lagi tapi kalau kena dengan tol yang perlu berbalas pantun memang jenuh untuk menjawab. Dapat pula dengan saudara maisng-masing tidak tahu menahu tentang berpantun, tercenganglah sampai tidak bersanding. 

Penulis memang seronok tengok gelagat kedua belah pengantin jika ke majlis kahwin orang Johor. Cara ini memang meriahkan majlis sekali-sekala ada gurau senda dikalangan keluarga dan tetamu. Rasanya tak salah kot, kalau siapa yang bukan dari Johor nak mencuba tambah segmen tol dalam majlis perkahwinan anda.

Walauapapun, nak ikut adat apa-apa pun biar berpada dengan bajet, situasi dan tidak terpesong dengan ajaran agama. Sila ambil perhatian ya dengan semua itu juga ya!

RUJUKAN 

Tags: adat tol bersandingadat tol orang johorjenis tol orang johorkenapa ada adat toltol kahwin johortol mak andam
Share2SendShare

ARTIKELTERKINI

Suka Pakai Pink Maksudnya… Wanista Selongkar Rahsia Warna Baju Pilihan Lelaki

9 Tips Penjagaan Kebersihan Wanita Yang Perlu Diberi Perhatian

6 Transformasi Jaya Bachchan Dari Artis Muda Sehingga Menjadi Ahli Politik

Pakar Nutrisi Kata ‘Makanan Sihat’ Ini Sebenarnya Tidak Sihat?

Nak Bersama Dalam Bulan Puasa, Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.