Kini semua memberikan perhatian kepada penjagaan kuku kerana ia menggambarkan tahap kebersihan dan mencerminkan keupayaan individu dalam menguruskan diri.
Tahukah anda bahawa permintaan servis merias kuku ini meningkat permintaannya, dan hanya sesetengah sahaja yang mampu mempelajarinya kerana kursusnya memakan kos yang agak tinggi.
Jika kamu seorang yang jenis gemar merias kuku di kala bendera merah, apa kata cuba beberapa gaya inspirasi rumah fesyen hebat.
Tadashi Shoji
Tadashi Shoji mengambil inspirasi angkasa lepas, seperti galaksi, venus, bintang, langit. Seni riasan memberi kesan glitter yang cukup cantik dan menyerlahkan lagi penampilan si gadis.
Jeremy Scott
Seni riasan minimalis paling penulis suka. Sekadar diwarnakan di luar kuku dengan warna-warna terang dan ceria.
Sandy Liang
Dipanggil stail “Jelly” memguasai pentas peragaan jenama Sandy Liang, Fashion East dan Marta Jakubowski. Menurut stylish Dua Lipa, teknik riasan ini akan menjadi salah satu trend terbesar tahun 2019.
Cristian Siriano
Pereka fesyen ini mengetengahkan konsep animal print seperti zebra ke dalam seni riasan kuku. Diwarna hitam sebagai base dan putih untuk memberi kesan multi-dimensional bagi gaya zebra.
Libertine
Stail “over-the-top” diramalkan bakal jadi trend hangat untuk tahun ini. Inspirasi seni riasan kuku merupakan ilham rekaan Libertine sendiri, teknik tampalan menggunakan bahan-bahan antik seperti mutiara Victoria, batu pertama vintaj dan pelbagai lagi yang unik.
Kith x Tommy Hilfiger
Untuk stail yang ini, menggunakan warna tema jenama Tommy Hilfiger sendiri. Tapi kamu boleh pelbagaikan gaya dengan warna pilihan, pastikan diwarnakan pada bahagian hujung sahaja.
Kate Spade
Riasan manis ini direka sempena tribute kepada mendiang Kate Spade yang terkenal dengan quote “She left a little sparkle wherever she went”. Supaya tidak kelihatan kosong, direnjiskan dengan glitter bagi memberi kesan ceria pada si pemakai.
Monse
Akhirnya kita mahukan gaya yang serba ringkas, tidak merimaskan seperti yang dipilih oleh jenama Monse. Rona nude ditambah dengan kilauan menjadikan si pemakai cukup anggun.
Diramalkan kesemua gaya di atas merupakan trend yang bakal hangat untuk tahun 2019. Apa lagi, cubalah…
Jom Cantik Sama-Sama ❤