Ada tak dikalangan kamu benar-benar sudah bertemu dengan si dia yang memahami anda dari luar dan dalam?
Mustahil hendak berjumpa dengan lelaki yang 100% faham dengan isi hati wanita yang memeningkan ini. Ramai wanita yang diluar sana kerap merayu supaya dijodohkan dengan lelaki yang boleh tahu segala perkara tersurat dan tersirat tentang mereka. Bila difikirkan semula, macam melampau sangat!
Sebagai seorang wanita juga, penulis merasa kadang-kala wanita ini sangat mementingkan diri sendiri kerana hanya memikirkan soal emosi dan perasaan mereka sahaja. Bila saat bergaduh dengan pasangan, mulalah menuduh si lelaki tidak faham akan tentangnya. Jadi segala silap yang si lelaki lakukan hanya dari kerana tidak memahami anda? Persoalan perlu ke untuk memahami anda 100%? Dan benarkah lelaki langsung tidak pandai
Bukan tak faham tapi tidak tahu
Para wanita sekalian cubalah untuk anda yang pula faham, yang lelaki ialah lelaki. Suatu yang mustahil untuk mereka tahu untuk memujuk hati kamu yang seperti roller-coaster. Bukan mereka tidak mahu faham tapi mereka langsung tidak punya idea kenapa, mengapa dan apakah sebab kamu marah pada dia. Cara yang paling terbaik ialah kamu sendiri beritahu kepada si dia. Ini tunggu si dia pujuk, memang berjanggutlah anda tunggu.
Lelaki bukan perempuan
Sudah tertulis dan beribu kajian telah dilakukan wanita dan lelaki ialah dua individu yang berbeza. Bila sebut ‘berbeza’ sudah pasti akan berlaku pelbagai percanggahan dari segi mental, fizikal, emosi dan kemampuan diri. Mana mungkin anda dan pasangan saling memahami jika tanpa ada komunikasi yang jelas. Percayalah tidak kira dengan jantina apa sekalipun kita memerlukan komunikasi yang baik supaya berlaku persefahaman.
Percayalah memang otak lelaki kosong
Satu fakta yang perlu anda terima tentang orang lelaki ialah memang..memang otak mereka kosong! Kalau anda terlihat si dia termenung seolah memikirkan sesuatu, percayalah sebenar tiada pun. Ramai yang wanita mula salah faham dengan perkara ini. Biasalah otak wanita pula seperti bunga api yang tidak berhenti-henti meletup memikirkan perkara yang kadangnya tidak masuk akal.
Cukup-cukuplah jadi wanita mengada, tergedik-gedik mahukan perhatian 200%. Sebaiknya jadilah wanita yang menyenangkan hati lelaki anda dan jangan sesekali mencabar maruah mereka.