Tahukah kamu bahawa Estrogen sebenarnya mempunyai hubung kait yang rapat dengan kemunculan kanser payudara?
Ketahuilah bahawa kandungan hormon Estrogen yang tinggi dalam tubuh sebenarnya adalah antara risiko utama mengapa kanser payudara terjadi. Fakta ini disahkan sendiri oleh sebuah artikel yang diterbitkan jurnal terkemuka bahawa Estrogen yang dikenali kerana sifat proliferatifnya memberi impak kepada tisu sensitif-estrogen yang terhasil sehingga bisa menggalak pertumbuhan tumor (ketumbuhan kanser).
Agar tidak terkeliru sekaligus memberi amaran kepada kamu semua, Wanista jelaskan 8 tanda yang boleh kamu lihat pada tubuh untuk mengetahui sama ada kandungan Estrogen dalam tubuh kamu normal atau berlebihan.
#1 Rasa Sakit & Bengkak Payudara
Memang hal ini lazim berlaku pada wanita terutamanya buat wanita hamil dan yang sedang datang haid. Namun jika ianya berterusan dan kamu sakit payudara tanpa sebab, ia mungkin kerana jumlah Estrogen dalam tubuh sudah berlebihan.
#2 “Meroyan”?
Kamu asyik marah dan sedih tak tentu pasal (mood swings)? Mudah bertukar dari gembira dan tiba-tiba menangis sebak tanpa pengawalan emosi yang stabil? Nah, itu juga petanda yang tubuh kamu mungkin mengandungi hormon Estrogen yang berlebihan. Ini kerana, hormon wanita itu mampu memberi impak terhadap keadaan mental seseorang wanita.
#3 Buah Dada “Berbuku”
Terasa wujud benjol-benjol kecil dalam payudara saat kamu memicitnya? Itu mungkin petanda jumlah Estrogen sudah berlebihan. Jangan malu untuk berjumpa pakaratau doktor dalam masa terdekat bagi mengesahkan yang kamu bebas kanser!
#4 Keguguran Rambut Secara Keterlaluan
Keguguran rambut tidak terkecuali menyerang kaum lelaki sehingga menyebabkan bahagian-bahagian kepala mereka gondol dan itu dianggap normal. Namun, andai wanita yang keguguran rambut secara melampau (lebih banyak dari jumlah keguguran biasa iaitu 50-100 helai setiap hari), itu sebenarnya sudah mencapai tahap kritikal dan ia menandakan hormon Estrogen adalah berlebihan.
#5 Gemuk Tanpa Makan
Berdiet dan jaga pemakanan tapi berat badan naik tanpa alasan logik? Boleh lihat pula bahagian pinggul kamu semakin melebar, perut membuncit dan dipenuhi lemak seolah-olah kamu mengamalkan gaya hidup tidak sihat… walaupun sebenarnya kamu langsung tidak kuat makan! Itu adalah tanda Estrogen terlebih.
#6 Kitaran Haid Tidak Menentu
Kitaran haid yang tepat pada tanggalnya menjadi petanda bahawa seseorang wanita itu sihat dan normal, namun andai kata ianya hadir dalam keadaan yang tidak teratur apa puncanya? Harus tahu bahawa kitaran haid dipengaruhi oleh hormon dalam badan justeru jika haid kamu tidak teratur, ia mungkin kerana hormon Estrogen yang berlebihan.
#7 Sentiasa Penat!
Pekerjaan dan rutin harian kamu sama sahaja tapi mengapa sejak akhir-akhir ini badan cepat letih? Baik pergi periksa keadaan dan kadar Estrogen dalam badan kamu. Ia mungkin berlebihan…
#8 Kesukaran Tidur
Kandungan hormon Estrogen yang terlebih juga bisa menyebabkan kamu mengalami waktu tidur yang sukar. Hati-hati jika rutin tidur kamu tiba-tiba berubah kerana kamu mungkin terlebih Estrogen.
Secara amnya, Estrogen adalah hormon unik utama yang ada pada wanita kerana ia bertanggungjawab dalam perkembangan serta kelancaran sistem reproduksi seseorang wanita dari segi kematangan ciri-ciri kewanitaan seperti pertumbuhan bulu-bulu halus pada bawah lengan dan kemaluan, tumbesaran saiz payudara serta kitaran haid.
Untuk itu, adalah sangat mustahak untuk kita sebagai kaum wanita mengawal jumlah Estrogen dalam badan pada kadar normal agar terhindar dari risiko kanser. Boleh cuba Google cara-cara mengawal kadar Estrogen okay?
Selamat beramal! ❤