Dari memenangi anugerah di Critics’ Choice Award sehingga tercalon di Golden Globes, filem yang menaikkan martabat Asia terusan mendapat respon positif sejak ia ditayangkan pada bulan Ogos tahun lalu.
Tetapi selepas pengumuman pencalonan Oscars pada 22 Januari, nampaknya Crazy Rich Asians langsung tidak tercalon untuk mana-mana kategori. Keadaan ini mendatangkan kemarahan banyak peminat serta melahirkan rasa kecewa.
Rata-rata peminat dan penggiat filem berharapan filem arahan Jon M. Chu akan dicalonkan untuk filem terbaik, pelakon dan produksi reka bentuk kostum tapi sayangnya hampa mengundang… Bukan itu sahaja, ramai beranggapan aktres Michelle Yeoh akan tercalon untuk pelakon pembantu wanita terbaik di atas lakonan cemerlang sebagai Eleanor Young.
Kekecewaan mendesak para peminat meluahkan perasaan mereka di media sosial memandangkan filem itu cukup hebat dan diterima baik.
yes… why nothing for Crazy Rich Asians with their gorgeous production and costumes even?… https://t.co/KdkligEBhU
— Andrea Chan 💜 Capt Taehyung💕 (@andcsy) January 22, 2019
WHOA… I JUST REALIZED BY NOW THAT CRAZY RICH ASIANS GOT COMPLETELY SNUBBED #OscarsNoms pic.twitter.com/7HgxWf1Zt1
— Mia Dolan (@justmiaslife) January 22, 2019
Would you consider #CrazyRichAsians snubbed by the Academy? #OscarNoms pic.twitter.com/oEsJ3aEKDZ
— E! News (@enews) January 22, 2019
Reaction to #CrazyRichAsians not being nominated for any #Oscars categories@CrazyRichMovie@brucelee pic.twitter.com/JQ51fJwUsz
— Tim陳Chan (@Tim_Chan) January 23, 2019
Apapun tahniah buat Netflix Roma dan The Favorite menerima pencalonan terbanyak di Oscars 2019. Siapa bakal bergelar filem terbaik, sama-sama kita nantikan Februari nanti.