Setelah berjaya memasuki pasaran Malaysia sebagai produk kosmetik dan kecantikan dari Korea yang digilai oleh ramai pencinta K-Beauty, APRILSKIN membuka tirai tahun 2019 dengan kewujudan gedung persendirian sulunya di SOGO, Kuala Lumpur.
Meliputi kawasan seluas 260 kaki persegi, ia telah menempatkan lebih 80 pilihan produk terbaik terdiri dari alat solek, rangkaian penjagaan wajah, produk rambut dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan semua, APRILSKIN adalah jenama kecantikan Korea yang dibangunkan sekitar 2014, kesemua produknya berasaskan ramuan asli yang disunting dari alam semula jadi menjanjikan kesan efektif dan positif buat para pengguna.
Khas buat peminat, gedung persendirian APRILSKIN di SOGO ini menampilkan konsep kekayu serta tona hiasan dalaman yang bersifat natural -ini bagi mewujudkan aura tenang dalam kalangan pembeli sekaligus memperlihatkan identiti jenama APRILSKIN yang sememangnya mesra pengguna.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/Aprilskin-Malaysia] atau berkunjung terus ke APRILSKIN cawangan SOGO di alamat:-
Aprilskin, SOGO KL, Aras (GF – B22)