Malaysia memang sedang demam ayam goreng Korea. KFC, Secret Recipe, 4fingers, Chir Chir, Kyochon dan banyak lagi restoran memperkenalkan ayam goreng kegilaan rakyat Malaysia ini.
Baca : Jom Belajar Buat Ayam Goreng Pedas Ala Korea (Yangnyeom Chicken)
Tapi apa kelainan Nene Chicken berbanding franchise yang lain?
“Ne Ne” diterjemahkan dari bahasa Korea bermakna “Ya! Ya!”, diilhamkan oleh pengasas NeNe Chicken. NeNe Chicken diasaskan oleh C.H.Hyun pada tahun 1999, rantaian Korean Fried Chicken telah berkembang menjadi salah satu rangkaian terbesar di Asia – Singapura, Australia dan Hong Kong. Ayam goreng disediakan mengikut resepi istimewanya sendiri dan bahan serta adunan semuanya diimport dari Korea Selatan.
Sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelma, NeNe Chicken telah memperkenalkan tiga perisa baru ke dalam menu mereka – Double Freaking Hot, Oriental Garlic dan aiskrim Strawberry Yogurt Soft Serve. Penulis sempat merasainya, dan ternyata Double Freaking Hot dan Oriental Garlic cukup enak dimakan ketika panas-panas, pedasnya juga membakar dan terasa di setiap suapan. Satu lagi saiznya besar hendak dibandingkan dengan jenama yang bermula dengan ‘nombor’ yang satu lagi. Manakala, Strawberry Yogurt Soft Serve mempunyai rasa buah yang cukup dan manis – manis dan masam digabungkan memang terasa segar.
https://www.instagram.com/p/Bs-R2WcgrVH/
Walaubagaimanapun, item ini hanya tersedia untuk masa yang terhad, sementara stok masih ada. Untuk info lanjut, boleh semak laman web mereka www.nenechicken.com.my.