Orang kata kalau dah minat, sanggup lakukan apa sahaja, sanggup berhabisan asalkan hati gembira.
Hal ini terjadi pada seorang remaja perempuan 13 tahun yang berhabisan lebih RM40,000 semata-semata untuk merchandise kumpulan kegemarannya sahaja.
Yuna, seorang pelajar sekolah menengah merupakan peminat SEVENTEEN, kumpulan yang terdiri daripada 13 orang lelaki muda dari Pledis Entertainment. Obsesi Yuna membawanya ke tahap tidak menghadiri sekolah, ponteng, tidak pulang ke rumah kerana mengikuti jadual rasmi kumpulan kegemarannya itu malah berhabisan ribuan ringgit untuk mendapatkan merchandise.
Bukan itu sahaja, Yuna juga menghabiskan sekurang-kurangnya $10,000 (lebih RM40,000) untuk barangan eksklusif SEVENTEEN – wang elaun yang diberikan bapanya hasil kerja siang ke malam. Yuna membeli poster, kad foto, light stick dan pelbagai lagi produk lain.
Aduhaii…. Sebenarnya peminat obsesi K-Pop bukanlag benda yang baru di Korea Selatan. Mereka dikenali sebagai “sasaeng fan”, dan mereka tahu hampir setiap maklumat tentang jadual artis kegemarannya, sebagai contoh jadual penerbangan, hotel di luar negara, alamat rumah artis serta pelbagai lagi. Memang menakutkan tapi itulah yang terjadi di sana.
Rasanya K-Pop Idol lagi menyampah dengan peminat obses ni sebab menyemakkan hidup dorang..