Sepanjang minggu ini puluhan berita mengenai sikap tegas Perdana Menteri, Tun Mahathir menjadi tajuk utama. Tun Mahathir berpendirian tetap tidak mahu ada sebarang urusan dengan negara zalim, Israel. Walaupun diajukan dengan pelbagai soalan panas semasa berkunjung di Oxford baru-baru ini. Beliau tidak berpaling padah dan selamba mengataka dia tidak kisah ‘I don’t care’.
Umumnya rakyat Malaysia tahu, kerajaan langsung tidak punya sebarang urusan dengan kerajaan Israel. Kekejaman dan perkara jahil yang mereka lakukan pada rakyat Palestin menjadi dinding untuk kita menolak Israel. Pasport kita juga telah dinyatakan tidak sah digunakan di Israel.
Sebenarnya bukan Malaysia sahaja yang tidak mempunyai hubungan diplomatik, dikalangan negara Arab, Afrika dan Asia juga turut dalam legasi ini.
Lebih dari 31 negara yang juga ahli Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) tidak mengiktaraf Israel sebagai sebuah negara. Iaitu, Algeria, Bahrain, Comoros, Djibouti, Iraq, Kuwait, Lubnan, Libya, Maghribi, Oman, Qatar, Arab Saudi, Somalia, Sudan, Syria, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu, Yaman, Afghanistan, Bangladesh, Brunei, Chad, Indonesia, Iran, Malaysia, Mali, Niger, dan Pakistan.
Malah Bhutan dan Korea Utara juga menidakkan kewujudan Israel.
Mungkin bagi Israel ini hanya tempias kecil pada tanah jajahannya namun kesannya ialah membuka mata dunia terhadap kekejaman yang telah rejim Zionis lakukan pada rakyat Palestin. Mengambil dan mengubah tanah yang ingin dikongsi kepada hak milik sendiri.
Wanista menyokong pendirian Tun Mahathir dan percaya seluruh rakyat Malaysia juga turut sama mengkritik perbuatan terkutuk Israel!