Zaman ini ialah zaman kesedaran yang bukan sahaja pada masalah kesihatan tapi juga pada ilmu kecantikan. Jika dahulu kita terima 100% ‘fakta’ yang dilabel pada produk tapi kini sebagai pengguna yang bijak kita harus tahu tentang bahan dan proses yang digunakan untuk sesebuah kualiti produk.
Bukan itu sahaja anda kena faham tentang proses biologi badan dan tindak reaksi bahan-bahan produk pada tubuh badan. Percaya sahaja tidak cukup.
Wanista rungkaikan empat jenis produk kecantikan dalaman yang dalam diam boleh membunuh. Semua yang terjadi pada tubuh badan kita ialah dari proses fisiologi iaitu proses normal apabila badan memberi reaksi pada produk yang kita ambil.
#1 Besarkan payudara
Kalau wanita barat sanggup melakukan pembedahan implan untuk besarkan payudara tapi lain dengan wanita Malaysia nak lebih mudah dan jimat dengan makan produk entah apa-apa. Produk yang cukup terkenal dengan slogan ‘montok, ‘mantap’ dan ‘anjal’ ini sebenarnya tinggi dengan kandungan hormon. Kesan penggunaan ubat hormon yang tidak dikawal boleh beri kesan buruk yang kekal dan azabnya terasa ketika usia semakin tua.
#2 Anjalkan punggung
Sama sahaja dengan kisah produk besarkan payudara, janganlah mengharapkan ia membesar dengan memakan produk. Ketahuilah tumbuhbesaran punggung atau payudara hanya terjadi secara semulajadi ketika mengandung, keturunan keluarga atau bersenam.
#2 Putihkan kulit
Walaupun sudah banyak kisah mengerunkan dikongsi dilaman media sosial tentang buah pinggang rosak, masuk ICU terkena sakit kanser kulit kesan dari pengambilan suntikan Vitamin C atau lebih dikenali Whitening Dripping tapi masih lagi yang berdegil. Nafsu membuak untuk menjadi putih secara pantas buat ramai yang alpa tentang masalah yang bakal dihadapi kelak. Lebih membahayakan proses suntikan boleh didapati dengan secara murah dan tanpa pantauan Kementerian Kesihatan.
#4 Produk perapat
Dari sumber Facebook Khairul Yoi baru-baru ini terdapat satu produk yang dikatakan boleh mengembalikan dara wanita yang telah hilang! Dari kajian apakah yang membuktikan selaput dara wanita yang pecah atau memang tiada boleh ada semula? Cukup dengan testimoni tentang ‘kepuasan’ suami?
Penulis cukup terkejut sekali dizaman yang serba-serbi moden masih ada lagi yang sanggup menelan produk jamu-jamu ekspres tanpa usul-periksa. Jangan sesekali anda cuba membanding petua jamu nenek moyang kita dahulu dengan jamu botol.
Bukalah pekung fikiran minda anda untuk menerima fakta dan silalah faham tidak mudah untuk jadi cantik dengan kesan produk semata-mata. Kalau cantik tapi umur tak panjang buat apa…