“Aduhai harunya bau pakaian orang sebelah ni”, mesti anda tak mahu perkara ini terjadi pada diri kan. Untuk itu silalah teruskan bacaan kalau nak harum, wangi bak K-Pop Idol kesayangan. Wanista beritahu rahsianya…
Sekitar minggu lepas tular di media sosial apabila ahli termuda kumpulan K-Pop BTS, Jungkook mendedahkan dia hanya menggunakan jenama yang satu ini setiap kali mencuci pakaian.
Pilihan Jungkook ialah DOWNY.
Ceritanya begini, ketika berbual dengan peminat dalam satu forum BTS Fancafe (sebuah forum bual bicara yang membolehkan artis dan peminat berkomunikasi, hanya terdapat di Korea Selatan sahaja). Apabila bercakap tentang topik dobi, Jungkook menjelaskan dia hanya menggunakan “Downy Adorable” sahaja sebagai pelembut kain untuk cucian harian dan tidak mempercayai jenama lain.
Siapa sangka dengan jawapan ringkas itu sahaja, produk Downy terus laku keras malah sold out satu Korea Selatan kerana ARMY sakan mahu mendapatkan fabric softener yang sama. Bahkan Downy Adorable juga trending di enjin carian Korea, Naver.
Keadaan itu juga menggesa syarikat yang mengeluarkan produk Downy di Korea terpaksa menghantar mesej pemberitahuan kepada beberapa pelanggan yang ingin mendapatkan produk mereka;
” ‘Two months’ worth of orders was completely sold out in a day due to a surge in orders, we belatedly recognised the sudden increase in the order quantity, and in the process, we received orders over out of our stock size. This is why we’re forced to cancel your product order because of the lack of stock, we’re sorry for the inconvenience.”
Sebagai respon, Jungkook sempat tweet, “ARMY… saya hampir kehabisan fabric softener dan perlu membeli yang baru … [tetapi] semuanya habis dijual.”
아미들… 저 섬유유연제 거의 다 써서 사야 되는데…
다 품절💜🤭#대단해아미— 방탄소년단 (@BTS_twt) January 21, 2019
Pada yang tidak tahu, anak muda ini telah lama mempromosikan jenama Downy secara tidak sedar melalui perbualannya dengan peminat. Dikalangan ahlinya, Jungkook terkenal dengan sikap pembersih dan acapkali ditugaskan mencuci pakaian setiap kali bercuti bersama-sama, bahkan menerima jolokan “Laundry Fairy”, “Laundry Elf”, “Downy Ambassador” serta pelbagai lagi.
King of promoting Downy since 1997 💜🤭#Jungkook @BTS_twt pic.twitter.com/zzZ9yvzryD
— JungkookUSA (Fan Account) (@JeonggukUSA) January 21, 2019
Kepada Malaysia ARMY yang ingin mendapatkan produk ini, pihak Downy Malaysia memberitahu Downy Adorable tidak memasuki pasaran di sini, malah tidak tahu bila akan tersedia tetapi akan cuba membawanya demi peminat Downy.
Hebat penangan Jungkook.. Siapa yang pernah menggunakan produk Downy pasti setuju fabric softener ini memang cukup harum walaupun diletak satu scoop sahaja. Ibu penulis sendiri telah lama menggunakan Downy malah kagum dengan kualiti dan sama sekali tidak akan bertukar ke jenama lain.
Tak dapat Downy Adorable, kamu mungkin boleh cuba beberapa koleksi Downy Parfum seperti Downy Passion, Downy Sweetheart, Downy Daring, Downy Mystique, Downy Fusion dan Downy Romance.
Baru-baru ini, Scha Alyahya dan Downy Natural bergabung untuk “meraikan diri semulajadi wanita seadanya.” Kempen ini bertujuan menggalakkan wanita untuk bangga dengan keperibadian mereka yang unik, nilai kekal dan kecantikan semulajadi mereka. Downy ini membekalkan mereka dengan ‘alat’ baharu dalam ‘kit keyakinan’ mereka iaitu – Downy Natural Aqua Ocean dan Downy Natural Secret Garden. Rangkaian Downy Natural mempunyai aroma yang tahan lama yang melengkapkan harman semulajadi seorang wanita supaya mereka sentiasa boleh berasa segar dan yakin sepanjang hari.
Jom sama-sama bertukar ke Downy kalau nak bau seharum BTS Jungkook..