Sebaik melangkah masuk ke Singapura, melihat keadaan sekelilingnya dari lanskap tepi jalan hinggalah kepada keharmonian rumpun masyarakatnya, sesiapa sahaja boleh jatuh cinta. Biarpun kawasan negaranya berkali-kali ganda kecil dari negara kita, Singapura boleh dianggap lebih kehadapan dan maju apabila diukur menerusi inisiatif pemeliharaan dan pemuliharaan biodirversiti negaranya seperti yang banyak diusahakan badan bukan kerajaan dikenali sebagai Wildlife Reserves Singapore (WRS) ini.
Alangkah rakusnya manusia dalam mengejar kemewahan dan kesenangan dunia, ramai yang alpa bahawa bumi ini bukan sahaja milik kita semata kerana tumbuhan dan haiwan turut berkongsi tapak yang sama untuk hidup dan membiak secara sihat. Justeru, tahukah kamu Singapura kini merupakan antara negara ikon yang aktif dalam mempromosikan pemuliharan hidupan liar termasuklah tumbuhan dan binatang yang semakin pupus habitatnya?
Siapa sangka, negara jiran kita yang kecil itu bisa berdiri di mata dunia untuk menyelamatkan makhluk dan hidupan lain yang sangat memerlukan dan penulis sangat berbangga kerana diberi peluang menerokai bumi Singapura secara lebih intim dengan berkunjung ke empat taman haiwan ikonik termasuklah Singapore Zoo, Jurong Bird Park, River Safari dan Night Safari.
#1 Singapore Zoo
Jujur penulis kata, sangat berbeza Zoo Singapura jika dibandingkan dengan Zoo Negara kita. Dari lanskapnya, keadaan kandang haiwan, fasiliti hinggalah kepada proses pemeliharaan dan fizikal binatang , boleh kata Singapore Zoo sangat maju dan bijak menggunakan dana sebaiknya sebagai perlembagaan yang menjadi induk kepada pusat pemuliharaan habitat haiwan liar.
Haiwan disini sangat sihat manakala kandang yang mereka diami juga begitu bersih dan cantik. Seronok melihat kumpulan haiwan di sini menjalani kehidupan yang teratur dan bahagia! Anjur penulis, kamu tak perlu ke luar negara, datang sahaja ke Singapore Zoo kerana ia merupakan rumah dan syurga kepada lebih 2,400 binatang termasuklah reptilia, serangga seperti rama-rama dan pelbagai haiwan liar. 9999 juta kali penulis bersumpah yang kamu tak akan menyesal ke sini!
Bawalah anak-anak mahupun luang masa bersama teman berhibur di dalam zoo. Lebih seronok haiwan di sini sangat jinak dan aktif. Jarang melihat mereka tidur apabila ada pengunjung menjengah. Boleh beri makan pada bintanag seperti Zirafah, Badak Sumbu dan lain-lain pada harga RM15.
Waktu pagi, pengunjung boleh beli pas untuk bersarapan dengan orang hutan di Ah meng Bistro ini. Ada kesempatan boleh juga bergambar dengan orang hutan jinak secara percuma!
Harga Tiket: RM107 (Dewasa) & RM69 (Kanak-Kanak) [BELI]
#2 River Safari
Jarang melihat zoo sebesar ini, Singapore Zoo turut menempatkan tasik buatan manusia yang kemudian dibangunkan sebagai River Safari untuk memberi peluang orang mengenali hidupan air tawar. Ini termasuklah pelbagai spesis ikan serta bintanag gergasi yang manja seperti Manatee.
Memang seronok jalan-jalan di River Safari lebih-lebih lagi apabila boleh bawa anak-anak terokai lagun yang menempatkan habitat Amazon dengan menaiki bot khas dipanggil Amazon River Quest!
Bila singgah sini, jangan lupa juga lawat pasangan panda diberi nama Kai Kai dan Jia Jia. Kalau tak pernah lihat panda merah, ini adalah peluang kamu.
Nikmatnya di sini, pihak River Safari sudah mengkelaskan pameran ikan-ikan mengikut spesis serta dari sungai mana mereka datang; Sungai Ganges, Sungai Amazon, Sungai Mekong, Sungai Nil dan lain-lain. Baru senang kita nak faham dan belajar lebih lanjut tentang spesis air tawar yang habitatnya sudah semakin terancam kerana pencemaran manusia!
Harga Tiket: RM98 (Dewasa) & RM64 (Kanak-Kanak) [BELI]
#3 Jurong Bird Park
Merupakan taman burung terbesar di Asia, apa yang menarik perhatian adalah lebih 400 spesis burung disini ditempatkan di beberapa kategori kawasan mengikut jenisnya yang menrut penulis memudahkan untuk orang ramai mengenali dan mempelajari tentang burung secara intensif.
Bukan sekadar dapat melihat burung-burung dalam sangkar semata, pengunjung berpeluang melihat persembahan burung-burung, mempelajari dan memahami bagaimana krew penjaga di Jurong Bird Park menjalankan penyelidikan serta menjaga habitat-habitat burung dari seluruh dunia. Ini mungkin pengalaman terindah buat kamu dan anak-anak!
Lebih menarik kalau kamu mendaki masuk ke kawasan hutan simpan Waterfall Aviary yang terletak dalam taman burung. Di sini banyak burung dibiarkan lepas berterbangan manakala spesis burung tidka terbang seperti merak dan lain-lain dibiarkan berjalan. Tak takut manusia langusung! memang teruja lihat! Nak lagi best boleh masuk ke Lory Loft untuk memberi minuman nektar kepada sepsis burung “Gregarious Lories”.
Harga Tiket: RM91 (Dewasa) & RM61 (Kanak-Kanak) [BELI]
#4 Night Safari
Haiwan pemangsa seperti singa, harimau, kelawar dan burung hantu umpamanya memang sangat aktif pada waktu malam. Justeru, pihak WRS menyediakan Night Safari (bersebelahan Jurong Bird Park) agar pengunjung boleh melihat kehidupan haiwan-haiwan ini secara lebih dekat pada waktu gelap malam.
Jangan risau, kakitangan zoo @ Night Safari sangat cekap membantu dan sedia memberi tunjuk ajar kalau kamu tersesat mahupun memerlukan bantuan saat meneroka wilayah haiwan di sekitar Night Safari. Kalau kamu mahu, boleh juga beli token untuk beri makan pada Singa!
Apa yang lain, suasana malam lebih indah untuk mengintip habitat haiwa liar kerana dari situ kita bisa merasakan pengalaman sebagai pengembara yang lebih realistik, seolah-olah kita turut sama hidup bersama habitat haiwan di dalam hutan! Boleh dengar kicauan burung, teriakan singa dan harimau mengaum serta menikmati arus angin yang sejuk menyapu badan. Kalau letih, boleh naik train.
Harga Tiket: RM143 (Dewasa) & RM94 (Kanak-Kanak) [BELI]
Percayalah, jika kamu berhati batu sekalipun, sebaik pulang dari melawat kumpulan haiwan di empat taman ini, kamu pasti akan menjadi seorang pencinta haiwan. Beringatlah bahawa haiwan juga merupakan hidupan seperti kita yang perlu dikasihi dan memerlukan perhatian dari manusia yang berakal seperti kita. Pupusnya mereka akan mengundang bencana kepada dunia sekaligus generasi akan datang tidak berpeluang lagi melihat dan mengenali mereka secara fizikal.
Terima kasih WRS dan kini giliran kita semua untuk bergerak seiring menyelamatkan biodiversiti negara kita. Contohi usaha WRS untuk keharmonian kita yang berkongsi bumi dengan makhluk hidupan lain. Untuk keterangan lanjut, sila klik [wrs.com.sg]
Salam sayang! ❤️