Evolusi dalam berfesyen tiada sempadan. Siapa sahaja boleh tonjolkan gaya yang mereka suka. Kalau anda suka dengan gaya muslimah bersederhana pun boleh berfesyen. Tips yang kamu kena tahu pilihan fabrik, corak dan mainan warna. Pelbagaikan juga dengan lilitan tudung atau selendang dan aksesori.
Apa kata cuba ambil inspirasi dari tiga instafamous kegemaran Wanista ini.
#1 Hazwani Helmi
Adik kepada penyanyi Heliza Helmi turut sama sibuk dalam menguruskan pelbagai aktiviti kesedaran dan menyumbang kepada saudara Syria kita. Disamping itu, Hazwani juga mengambil kesempatan untuk berkongsi gaya fesyen yang dibawanya. Walaupun tertutup dan bersederhana tapi ia masih lagi mengikut trend terkini.
#2 NurAmirah11
Dari model muslimah, kini Nur Amirah lebih dikenali sebagai usahawan muda berjaya. Si putih melepak ini tidak kalah berkongsi #Ootd bersama gelagat anak-anak. Amirah kerap memakai tudung bawal satin, terserlah keanggunan dan pilihan baju pula pasti bercorak floral takpun beropol. Comel jer!
#3 Dena Bahrin
Si kecil molek ini awalnya sebagai blogger tapi kini aktif juga di laman Instagram. Wanista suka melihat lilitan selendang Dena, cukup kemas sekali. Siapa yang tak berani main dengan warna, lihatlah Dena.
https://www.instagram.com/p/BruUBlzAYVb/
Apa pun anda kena bijak kenakan mix & match baju dan tudung barulah menjadi. Banyakkan tengok contoh dari mereka pun dah okay.