Kesibukan kerja dan bersama keluarga kadang buat kita terlepas untuk mengisi masa bersama dengan rakan-rakan. Begitu juga dengan mereka, buatlah apa sahaja rancangan pasti ia akan tergendala dengan pelbagai sebab. Susah betul untuk bersua dua mata dengan rakan yang pernah rasa susah senang bersama ketika waktu bersekolah atau menuntut di pusat pengajian.
Bila rasa susah jumpa ini mula timbul rasa risau jika mereka sudah mula melupai anda. Jangan risau, kalau masih ada notification Whatsapp masuk sudah tentu mereka ingat.
Apapun jangan tunggu kawan yang mula langkah dahulu, anda pun boleh cipta satu ruang untuk kekal berhubung walau jauh dimata. Mari ikut tips Wanista ini..
#1 Buat group Whatsapp
Sediakan satu ruang berhubung alam maya, contoh paling senang melalui Whatsapp. Tak perlu invite sampai sepuluh orang. Cukuplah dengan rakan yang paling anda rapat supaya tidak lah jauh menyimpang dan berlaku sesi promote barang pula dalam ruang tersebut.
#2 Jangan ajak-ajak ayam
Jika anda ada majlis kahwin atau hari jadi sekalipun ambil peluang untuk jemput mereka. Janganlah buat ajak-ajak ayam seperti jemput sehari sebelum majlis. Maklum pada mereka paling awal sebulan atau seminggu, ini juga untuk tidak membuat mereka berasa ketinggalan. Iyalah, kawan mana tak terasa kalau buat majlis tak dijemput. Kecuali kawan yang memang dah tak kawan lah yer.
#3 Gunakan Whatsapp sebaiknya
Kalau dah ada group Whatsapp, gunakanlah ia secara baik yakni medium terbaru untuk berkongsi apa jua khabar berita. Sekurang-kurangnya anda dan rakan tahu perkembangan hidup masing-masing, walaupun tak banyak tapi sedikit pun jadilah. Cuba jauhkan diri dari untuk menjadikan group sebagai tempat jual-beli dan tetapkan satu syarat group hanya tempat untuk berbual. Bukan apa kes macam inilah kawan boleh jadi menyampah dah seperti friend with benefits pula.
#4 Ingat tarikh penting
Sebolehnya cuba ingat tarikh hari lahir, ulangtahun perkahwinan atau apa sahaja tentang diri mereka. Rentetan kembali kisah-kisah lama atau berkongsi apa jua memori yang related dengan kamu semua. Salah satu cara ini mengeratkan semula hubungan yang lama.
Bila baca tips ini ada rasa rindu tak kat kawan? Kalau ada, cepat text mereka sekarang!