Kalau di Malaysia, penggunaan straw minuman dan bekas makanan polisterin sudah tidak lagi dipraktikan manakala plastik belah-belah juga sudah ditukar kepada material mudah lupus untuk menyelamatkan keadaan bumi yang semakin serius dengan masalah sampah durjana.
Mexico baru-baru ini menemukan cara terbaik bagaimana kita boleh memanfaatkan biji buah Avokado untuk menghasilkan sebuah inovasi baharu berupa peralatan makan termasuk garfu, pisau dan sudu pakai buang yang boleh dikitar semula!
Melihatkan orang Mexico yang kuat makan buah Avokadi kerana sering memanfaatkan ia dalam hidangan harian yang berkhasiat, siapa sangka ada syarikat yang bijak menlahirkan sesuatu pembaharuan menerusi biji buah Avokado? Ini mungkin cara terbaik bagaimana kita masyarakat dunia bisa mengurangkan penggunaan material plastik yang sukar lupus sehingga memakan beratus tahun lamanya.
Tonton Bagaimana BioFase Cipta “Cutlery” Menggunakan Biji Avokado
Syarikat yang dikenali dengan nama BioFase itu khabarnya menghasilkan peralatan makanan yang mampu lupus dalam masa 240 hari sahaja dan menurut sumber lagi, jika peralatan makan itu dibasuh bersih selepas satu penggunaan, lalu disimpan di tempat kering dan segar, ia kemudian mampu bertahan dalam masa satu tahun lagi! Memang tak rugi guna peralatan makan palstik yang dibuat dari biji avokado ni.
Umumnya BioFase akan mengutip biji-biji buah Avokado untuk dikitar semula dari mana-mana kilang sekitar Mexico yang menghasilkan campuran pes Guacamole serta minyak Avokado lalu menghasilkan peralatan makan yang menurutnya mampu lupus dalam masa jauh lebih singkat dari material plastik biasa.
Kata sumber lagi, produksi untuk menghasilkan peralatan makan Biofase ini sangat murah dan tidak memerlukan pemungut sampah mahupun tempat pelupusan sampah membakar bahan-bahan plastik yang terdiri daripada kutleri plastik yng kemudian bukan sahaja memakan kos malah mampu mengakibatkan pencemaran udara dari asap toksin yang dilepaskan.