Dalam banyak-banyak makanan tambahan atau suplemen yang boleh dimakan sepanjang masa berpantang, ada juga individu yang sanggup menelan organ sendiri apabila khabar angin bercerita betapa trend selebriti popular termasuk Kim Kadarshian, Tamera Mowry, Hillary Duff dan ramai lagi sanggup menelan kapsul “placenta” yang ternyata dibuat menggunakan uri mereka sendiri bagi memulih luka dalaman dan meningkatkan kembali kesejahteraan dalaman dan luaran sepanjang berpantang.
Menurut Kim Kadarshian dalam sebuah temu-bual, beliau mendedahkan bahawa setiap kali dirinya mengambil pil uri tersebut, dirinya akan berasa lebih bertenaga dan jauh lebih bermaya untuk meneruskan aktiviti harian. Beliau juga tidak ketinggalan mengesyorkan pengambil kapsul uri kepada wanita-wanita lain di luar sana.
My experience eating my placenta is up on my app! https://t.co/0aC3YXxIgv pic.twitter.com/xcCEtVCvzb
— Kim Kardashian (@KimKardashian) December 14, 2015
Namun, apa yang merunsingkan, ada beberapa artikel perubatan lain yang menentang keras pengambilan pil uri? Sejauh mana keberkesanannya dalam menyihatkan tubuh badan sekaligus meningkatkan tenaga dan memulih dalaman para ibu yang sedang berpantang. Ikuti pendedahan Wanista.
Cina Kuno Amal Makan Uri Untuk Pulih Penyakit
Untuk pengetahuan semua, pengamalan memakan uri selepas bersalin ini adalah kaedah tradisi orang Cina yang menurut sumber, “Memakan uri sendiri atau uri individu lain yang dipercayai mampu menyembuh penyakit buah pinggang dan penyakit hati”. Dalam masa yang sama, memakan uri turut diamalkan para ibu selepas bersalin untuk pulihkan tenaga dan kesihatan tubuh.
Dikering Sebelum Proses Pengkapsulan
Umumnya, tiada sebarang cara tertentu untuk menghasilkan pil uri ini namun, menurut sumber, salah satu cara untuk melakukan pengkapsulan uri adalah dengan mencucinya (untuk membuang darah, hanyir dan kekotoran), memasak lalu mengeringkan uri teresebut sebelum menkisarkan ia hingga menjadi serbuk -lalu mengkapsulkannya agar lebih mudah dicerna tubuh manusia.
Kebaikan Yang Kononnya Dikaitkan Dengan Kapsul Uri
- Menggalak penghasilan susu badan
- Mencegah masalah emosi (meroyan) sepanjang berpantang
- Menyeimbangkan hormon ibu selepas bersalin
- Bantu sumbang tenaga
Doktor Tegah Keras Pengambilan Pil/Kapsul Uri!
Dalam sebuah kes yang berlaku di Amerika, seorang bayi telah terkena jangkitan kuman dipercayai kerana menyusu badan ibunya yang mengkonsumsi kapsul uri sepanjang berpantang.
Hal itu kemudian menjadi viral apabila sebuah kenyataan dikeluarkan bahawa tiada sebarang tata tertib proses tertentu untuk melakukan pengkapsulan uri tersebut di mana, ia kadang-kala bukanlah diproses oleh kilang diiktiraf menggunakan teknologi serba canggih namun, rata-rata pengkapsulan uri dibuat dirumah oleh mereka yang cuma berlandaskan pengalaman dan bukannya benar-benar berilmu dalam pengkapsulan uri tersebut.
Tonton Proses Pengkapsulan Uri Yang Dilakukan Di Rumah
Hakikatnya, uri yang menyelaputi bayi saat seseorang wanita hamil itu tadi tidak dicuci dengan rapi membuatkan kuman masih bermaharajalela sehingga memberi infeksi bukan sahaja kepada ibu tetapi juga bayi yang menyusu badan.
Makan Uri: Haram Atau Tidak?
Jawapannya HARAM. Biarpun banyak syarikat diluar sana yang mempromosikan suplemen berbentuk pil uri (baik uri sendiri mahupun uri yang diambil dari binatang), hukum pemakanannya dalam Islam adalah tetap haram.
Menurut Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramahnya, lazimnya uri-uri yang digunakan untuk menghasilkan kapsul atau pil “placenta” adalah dari haiwan yang tidak disembelih. Manakala, mufti Perak pula mengeluarkan kenyataan “Hukum makan uri bayi dalam Islam adalah haram. Uri bayi dikira sebagai organ yang mati dan hukumnya najis”.
Kalau ya pun hendak sihat, carilah kaedah lain yang lebih selamat dan datang daripada sumber yang diiktiraf oleh jabatan kesihatan okay?
BACA: Amalkan! Ini Kebaikan Bertangas Agar Kekal Sihat Awet Muda
Selamat beramal!