Pernah tak anda mengalami senak perut selepas makan, lebih-lebih lagi bila makan dalam kuantiti banyak?
Keadaan itu menyebabkan anda berasa tidak selesa, malah sistem pencernaan tidak berfungsi dengan baik. Jadi apa yang patut anda lakukan? Susan Bowerman seorang pakar dari Herbalife Nutrition kongsi tips untuk menghadapinya.
Cubalah mulakan pagi dengan smoothie yang sihat yang termasuk beberapa sayur-sayuran segar (seperti bayam atau kale), sedikit buah (mangga, oren atau nanas), halia atau serbuk protein dan dicampur dengan air kelapa. Apa kebaikannya? Memulakan hari anda dengan sesuatu yang ringan, namun cukup nutrien yang membantu mengembalikan sistem bekerja dengan baik. Halia akan membantu menenangkan sistem penghadaman, dan buah-buahan, sayuran dan air kelapa baik untuk hidrasi. Dan, protein membantu untuk memastikan anda kenyang sehingga hidangan seterusnya.
Menurut Susan Bowerman, lakukan aktiviti fizikal dengan berjalan sekitar 30 hingga 45 minit sehari. Kenapa?Aktiviti fizikal membantu merangsang otot-otot licin dalam saluran pencernaan yang lebih rendah, keadaan ini akan membantu sistem berjalan dengan lancar, bahkan memotivasi diri bila mengetahui anda berjaya membakar kalori yang anda makan.
Siapa yang tidak makan ikan, cuba amalkan secara perlahan. Ikan adalah sumber vitamin B kompleks yang sangat baik, yang digunakan oleh tubuh untuk mengubah makanan yang anda makan menjadi tenaga, dan juga membantu anda memetabolisme alkohol (untuk individu yang minum minuman keras). Selepas makan berat, badan anda telah meletakkan permintaan yang tinggi terhadap vitamin B, dan jika anda mengambil alkohol terlalu banyak maka permintaannya lebih tinggi. Oleh kerana tubuh anda tidak menyimpan vitamin ini, sangat penting untuk ia diisi semula. Cadangan seperti hidangan tuna bersama salad hijau untuk makan tengahari dan salmon panggang pula makan malam.
Kalau ikan masak asam pedas memang sedap….