Siapa dikalangan pembaca Wanista yang kaki kopi? Tak dapat kopi sehari rasa tak selesa?
This is for you!
Nespresso kini melancarkan dua kopi Edisi Terhad terbaharu, Café Istanbul dan Caffè Venezia yang diinspirasikan oleh kedai-kedai kopi terawal di dunia dan membawa suasana meriah itu terus ke kediaman anda.
Yang Menarik
Café Istanbul memberi ilham kepada penggemar kopi hitam dan membawa mereka terus ke tengah-tengah persekitaran bebas dan meriah pada ketika itu.
Caffè Venezia, dengan profil elegan dan lembutnya, merupakan ilham sempurna dalam secawan kopi. Kembaralah ke Venice untuk menikmati percutian pendek di destinasi asal dunia seni dan muzik.
Rasai Keenakan Kopi-Kopi Edisi Terhad
Café Istanbul – Kopi Mocha Arab dari Yaman dicampur dengan khazanah Hindia Timur dan India untuk menghasilkan sajian enak yang mengimbau semula misteri bazar Timur yang terkemuka itu. Campuran yang mengimbau sejarah itu mempunyai sifat eksotik yang membawakan not-not yang menyerlahkan rasa panggang dan rempah lada hitam yang kuat.
Caffè Venezia – Nikmati sentuhan sejarah menerusi campuran kopi yang berasal dari bandar purba Ethiopia, Harrar, bersama kopi Arabika Arab. Gabungan unik ini menghasilkan secawan kopi enak yang kaya dengan aroma eksotik Timur. Not-not rasa flora dan liar bergabung sempurna dalam sajian minuman yang kompleks dan menyerlah ini.
Café Istanbul dan Caffè Venezia ditawarkan dalam tempoh terhad, mulai 20 Februari 2019. Ia boleh didapati di Butik Nespresso di The Gardens (Aras 1), 1 Utama (Centre Court Old Wing), Sunway Pyramid dan Gurney Paragon (Aras Bawah). Pembelian juga boleh dibuat menerusi Pusat Hubungan Pelanggan Nespressodi talian 1800-80-7001 dan laman web www.nespresso.com.