Sebut sahaja tetang sifat feminin, kita pasti lebih tertarik kepada rona-rona memikat seperti merah jambu dan ungu kerana ia mampu menyerlahkan jiwa kewanitaan sebenar tanpa perlu berhias secara berlebihan.
Untuk musim luruh, biasanya warna-warna yang diketengahkan oleh jenama-jenama fesyen ternama adalah berdasarkan rona tanah yang terdiri dari perang dan kekuningan namun lain pula identiti yang dibawakan Kate Spade musim ini!
Cuba memecah norma, helaian jaket, seluar berpanel, skirt midi serta dress labuh rata-ratanya dijirus dengan warna sensasi seperti merah hati, ungu dan kuning.
Ini secara tidak langsung membuatkan koleksi musim luruh Kate Spade untuk tahun 2019 adalah yang paling ceria.
Dalam masa yang sama, corak cetakan kulit harimau bintang turut tidak ketinggalan menghiasi aksesori seperti boots, beg tangan serta helaian kot, blaus dan dress yang ada dipamerkan.
Tonton Klip Pertunjukan Fesyen Musim Luruh Kate Spade Di #NYFW’19
Maka beruntung sangatlah selebriti-selebriti yang berpeluang menyarungkan helaian terkini dari koleksi musim luruh Kate Spade dan ini termasuklah bintang dan aktres jelita tanah air yang mendapat undangan eksklusif untuk menyertai persembahan fesyen di NYFW sekitar awal Februari lalu, Juliana Evans.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.katespade.com].