Isu yang tengah trending di media sosial melibatkan Kylie Jenner, Khloe Kardashian, Tristan Thompson dan Jordyn Woods. Apa yang berlaku?
Pada yang tidak tahu, Jordyn Woods merupakan sahabat sejati Kylie Jenner dilapor telah bermain cinta dengan kekasih Khloe Kardashian, Tristan Thompson. Ya, bunyinya agak cringe. Memandangkan Jordyn sudah seperti sebahagian ahli keluarga Kardashian, malah rakan serumah Kylie tapi kenapa benda sebegini berlaku? Kenapa Jordyn sanggup bermain cinta dengan kekasih kepada kakak kawan baiknya sendiri? Aduhai pelbagai persoalan bermain di benak fikiran.
Kita lihat dia di Instagram dan Snapchat Kylie, tapi siapa sebenarnya Jordyn Woods? Dan bagaimana dia dan Kylie begitu rapat sehingga melahirkan koleksi kosmetik bersama?
Gadis 21 tahun ini dibesarkan di Oak Park, California, sebelum dia berpindah ke Calabasas pada usia 13 tahun. Di situlah dia bertemu dengan Kylie Jenner. Menarikkan… dalam sekelip mata hidupnya menjadi perhatian dunia apabila bersahabat baik dengan billionaire Kylie Jenner.
Mungkin populariti Jordyn disebabkan Kylie, tapi dia juga bukan dari latar belakang yang biasa-biasa.
Ibunya Sosialit Ternama
Ibunya, Elizabeth Woods adalah seorang sosialit terkenal di Los Angeles. Elizabeth juga merupakan pengurus bakat/jenama di Mixed Image Media dan Woods Marketing Group.
Karier Peragaan
Ejen Wilhelmina Modeling menghubungi gadis muda ini selepas melihat profilnya di Instagram, dan sejak itu dia menjadi salah seorang model plus-size paling dikehendaki di pasaran.
Berbakat Sebagai Pereka Fesyen
Seminggu sebelum dia mencecah 20 tahun, Jordyn Woods tampil koleksi fesyen yang direka untuk gadis berbadan besar dengan kerjasama Addition Elle.
Positif Dengan Tubuh Badan
Ya, gadis muda ini sangat bangga dengan tubuh badannya dan sering berkongsi mesej positif seperti “loving yourself and loving your body”di platform media sosial.
Berkawan Baik Dengan Adik-Beradik Smiths
Bukan Jenner/Kardashian sahaja, tetapi Jordyn Woods juga bersahabat dengan adik-beradik Smiths – Willow dan Jaden. Punyalah baik sampaikan buat PDA tentang persahabatan di laman Instagram. Bukan sahaja dia rapat dengan adik-beradik Smith, bahkan bapanya Will Smith juga.
BFF Kylie Jenner
Yang jelas mereka terlalu rapat. Jordyn mendedahkan bahawa dia berada di samping Kylie ketika menjalani ujian kehamilan dan menjaga Kylie saat sarat mengandung.
Disebabkan gosip melanda, hubungan Jordyn dan Jenner/Kardashian khabarnya turut terlerai, setiap seorang daripada mereka bertindak unfollowed Jordyn di media sosial. Malah, koleksi kolaborasi Jordyn x Kylie turut terkena tempias apabila Kylie Cosmetics bertindak menurunkan harga koleksi tersebut.
Bayangkan Kylie menanggung kehidupan malah sanggup membeli kereta Jordyn tapi ini yang dibalasnya.
Memang nightmare jumpa kawan macam ni.