Jenama restoran makanan segera popular dari Filipina, Jollibee Foods Corporation (JFC) nampaknya dalam perancangan membuka lebih 100 cawangannya dengan menampilkan menu ayam goreng yang pernah disenarai sebagai ayam goreng paling enak dikenali sebagai “Chickenjoy” itu di sekitar Malaysia dalam masa 10 tahun mendatang.
Telah membuka cawangan luar semenanjung pertama mereka berlokasi di pusat membeli-belah Centre Point Sabah sekitar Disember tahun lalu, cawangan sulung Jollibee itu mendapat perhatian ramai serta kunjungan para pelancong yang rata-ratanya berasal Filipina.
Tonton Pembukaan Jollibee di Sabah
Selain menu ayam rangup “Chickenjoy”, menu Spaghetti bersirakan sos tomato masam manisnya juga antara yang sering digembar-gemburkan sebagai menu wajib cuba! Manakala, menu roti impit yang disertakan dengan sosej (hot dog) dan taburan keju turut diberi lima bintang bagi yang sudah mencuba.
Jangan ketinggalan untuk mencuba “Yamburger” yang mengetengahkan isi daging asli setta curahan pelbagai sos berperisa turut menanti si peminat burger sejati!
Untuk pengetahuan semua, kesemua cawangan Jollibee di Malaysia ini adalah berlandaskan hukum syarak di mana, penyediaan makanan adalah bebas khinzir dan kesemua daging dan ayamnya datang dari sumber sembellihan yang mendapat pengiktirafan halal Malaysia.
JFC kini merupakan syarikat restoran ke-11 terbesar di dunia dan merupakan jenama makanan ringan paling berdaya saing di Brunei.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/JollibeeMalaysia]