Tahniah kepada Rami Malek yang baru sahaja dinobatkan sebagai pelakon lelaki terbaik Oscars 2019 melalui lakonan cemerlang sebagai Freddi Mercury dalam Bohemian Rhapsody.
Jika anda perasan, aktor kacak ini acapkali dilihat memainkan peranan sampingan dalam beberapa filem seperti Night at the Museum, The Twilight Saga : Breaking Dawn, Papilion dan banyak lagi. Siapa sangka namanya kini setanding Tom Hanks, Daniel Day-Lewis, Eddie Radmayne, Leonardo DiCaprio dan ramai lagi penerima Oscars yang lain.
Lagi satu Rami Malek merupakan anak muda berbangsa Arab Mesir.. Ya satu lagi fakta baru yang penulis rasa ramai tidak tahu.
Agaknya apa lagi yang menarik tentang anak muda ini.. Wanista kongsikan.
Lahir Dan Besar di Los Angeles
Dilahirkan dan dibesarkan di Los Angeles, Rami Said Malek adalah generasi keturunan pertama Amerika-Mesir. Mendiang bapanya, Said Malek merupakan pemandu pelancong di Kaherah sebelum berpindah ke Amerika Syarikat, dengan melakukan kerja menjual insurans dari rumah ke rumah sementara ibunya, Nelly Abdel-Malek bekerja sebagai akauntan.
Latar Belakang Bidang Seni Teater
Rami mendedahkan bahawa ibu bapanya tidak mahu dia menjadi pelakon, lebih suka mengejar kerjaya dalam bidang undang-undang atau perubatan tetapi dia tetap dengan pendirian mempelajari bidang seni dan teater. Rami belajar teater di Universiti Evansville, Indiana.
Boleh Berbahasa Arab
Rami bercakap bahasa Arab di rumah sehingga usia empat tahun. Walaupun kini tidak lagi fasih tetapi dia masih memahami sedikit.
Ada Saudara Kembar
Dalam satu temu bual dengan Jimmy Kimmel, Rami menjelaskan dia pernah menyamar menjadi saudara kembarnya yang lebih muda – di mana Rami menolong kembarnya bermonologue dalam bahasa Yunani untuk lulus.
Rakan Sekolah Kristen Dunst Dan Rachel Bilson
Ya, Rami dan kembar pergi sekolah yang sama dengan aktres Rachel Bilson dan Kristen Dunst di Notre Dame High School. Rachel merupakan satu gred yang sama dengannya manakala Kristen adalah junior-nya.
Debut Siri Gilmore Girls
OMG! Macam mana penulis boleh tak tahu ni? Rami membuat penampilan sulung tahun 2004 dalam siri TV Gilmore Girls. Rami menjadi tetamu jemputan dalam musim ke-4 episod 11.
Gah Dalam Siri TV Mr. Robot
Kerap menjadi sampingan, akhirnya Rami berjaya mendukung watak utama dalam siri TV Mr. Robot. Lakonan hebat membolehkan dia memenangi anugerah pelakon terbaik Emmy pada tahun 2016, mengalahkan nama-nama besar seperti House of Cards ‘Kevin Spacey’ dan Better Call Saul ‘Bob Odenkirk’.
Ada Akaun Media Sosial
Walaupun rata-rata pelakon Hollywood tidak miliki akaun media sosial nak dibandingkan dengan penyanyi. Tetapi anda boleh mengikuti Rami di Twitter dan Instagram. Untuk IG, Rami baru sahaja posting 3 gambar.
Rami Malek Masyur Sebagai Freddi Mercury
Nampaknya tuah milik Rami Malek sebaik sahaja menjadi Freddi Mercury dalam layar perak ‘Bohemian Rhapsody’. Lakonan, suara, body language segalanya cukup real sehingga berjaya peroleh anugerah pelakon terbaik di Golden Globe, SAG, Bafta dan Oscars untuk tahun ini sahaja. Salute!
https://www.youtube.com/watch?v=iy4GL6RtVOk
Si Cantik Lucy Boynton
Cinta di layar perak dibawa sehingga ke luar. Itu yang dapat diungkapkan dengan kisah percintaan Rami Malek bersama aktres Lucy Boynton, yang juga menjadi pasangannya ‘Mary Austin’ dalam Bohemian Rhapsody. Interesting hah?
Laporan mereka bertemu semasa penggambaran Bohemian Rhapsody di London. Rami sangat menyukai Lucy dan kerap melawatnya di London.
Menangis tengok video ucapan Rami ketika Oscars 2019. Such an inspiring!