Biasa lihat wanita jelita ini?
Siapa Datin Ezurin Khyra dan kenapa digelar “Crazy Rich Asians”?
Beliau adalah bekas model dan pelakon era 1990-an, Datin Ezurin atau popular dengan nama Ezurin Khyra merupakan isteri kepada kerabat diraja Negeri Sembilan, YM Tunku Dato’ Yaacob.
Siapa sangka disebalik rupa paras jelita dan tubuh badan menggiurkan, beliau merupakan ibu kepada lima orang anak. Ya, empat putera dan seorang puteri. Kini beliau banyak menghabiskan masa di London kerana anak-anak belajar di United Kingdom.
Jika anda mengikuti wanita ini di media sosial, pasti cemburukan kehidupannya. Instagram dipenuhi dengan gambar-gambar yang semua dihiasi dalam fesyen terkini (satu gambar menunjukkan koleksi kasutnya, yang kelihatan seperti paparan kedai), tidak ubah seperti puteri kayangan.
Cukup gah, kaya, mewah dan sempurna serba-serbi, langsung tidak nampak kekurangan, beliaulah “Crazy Rich Asians” yang sebenar. Bukan itu sahaja, ramai menganggap beliau sebagai ikon fesyen, mungkin kerana taste yang tinggi dan kemampuan memakai jenama mahal serta eksklusif.
Jom lihat kehidupan jelitawan 40-an ini…
Cinta hati
https://www.instagram.com/p/BT28GTMj5n1/
BFF Sharifah Norhaslinda
Back to basic!
Seleksi bikini bikin cemburu
Pilih mana yang berkenan
Sejuk-sejuk masih OOTD
Selfie bersama Lady Gaga
Siap ada pembantu pakaikan baju
Keeping up with the Ezurin!
Mimpi manis di Paris
The Front Row!
High Fashion
Mega sungguh lifestyle Datin Ezurin ni. Bayangkan sarapan di Paris, singgah Milan untuk makan tengah hari, main salji terus ke Switzerland, naik yacht ibarat naik kereta, shopping bunga tulip di Amsterdam, nak merasa musim panas pergi Bali, memang makan hati tengok tau.