Sensasi global Blackpink adalah bintang terbaru yang akan menghiasi ruang majalah Billboard edisi Mac.
Jisoo, Lisa, Rose dan Jennie tampil serba warna-warni dalam pakaian musim bunga, cukup manis dan cantik sekali. Majalah ini akan mengeluarkan empat cover tambahan untuk setiap ahli.
Melihat pada cover, penulis pasti ada dikalangan pembaca yang kurang menyenangi dengan kenyataan Billboard melabel kumpulan Blackpink sebagai “Queen of K-Pop”. Itu pendapat masing-masing tapi perlu diingatkan populariti kumpulan yang dianggotai empat gadis muda – Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose cukup gah serata dunia bahkan melebihi girl group yang lain.
Apa sahaja muzik malahan fesyen yang dibawa mereka mendapat liputan seantero, bahkan sudah sehebat BTS. Bulan April akan datang, mereka akan debut di festival muzik terbesar Coachella. Suatu kejayaan yang besar dalam karier gadis muda awal 20-an ini. Mungkin disebabkan itu, Billboard berani meletakkan gelaran itu kepada Blackpink.
Bercakap pada Billboard, gadis-gadis ini membincangkan topik-topik seperti proses latihan sepanjang bergelar pelatih sehingga kini, yang Jennie gambarkan sebagai lebih ‘ketat daripada sekolah’.
“Ia sangat susah kerana kami jarang berehat dan jauh dari keluarga,” jelasnya.
Walaupun demikian, Blackpink saling bergantung satu sama lain, terutamanya sekarang dengan tekanan dari kejayaan global mereka.
Confirm laku keras majalah ni sebab penangan Blinks.