Selain kisah curang melibatkan Kardashian, cemburu antara Irina Shayk dan Lady Gaga, satu lagi yang menjadi tajuk muka depan tabloid ialah gossip persahabatan Priyanka Chopra dan Meghan Markle.
Umum mengetahui, Meghan Markle terbang ke New York menghadiri baby shower yang dibuat rakan baiknya, tetapi kelibat Priyanka Chopra yang juga bersahabat baik dengan puteri ini tidak kelihatan.
Ada ura-ura mendakwa mereka berdua ‘bermasam muka’ berpunca daripada Meghan Markle yang menolak jemputan perkahwinan Priyanka dan Nick Jonas pada bulan Disember lalu. Dilaporkan Meghan menolak kerana sedang sarat mengandung, satu alasan yang tak masuk dek akal memandangkan wanita ini boleh terbang jauh ke NYC dan Maghribi.
“Priyanka merasakan Meghan tidak menghormati dia dan tidak menghormati persahabatan mereka. Persahabatan mereka akan berakhir kecuali Meghan meminta maaf,” jelas satu sumber terdekat, sambil menambah itu menyebabkan dia menolak undangan baby shower Meghan di NYC.
Dramatik bunyinya tapi menurut sumber lain, Priyanka mahupun Meghan langsung tidak mempunyai ‘isu’ satu sama lain, bahkan sibuk dengan kehidupan masing-masing.
Tapi mengikut firasat penulis, pasti ada ‘sesuatu’ yang berlaku. Perlu diingatkan Meghan sekarang menjalani satu kehidupan yang berbeza daripada orang biasa, jadi ada sebab kenapa dia tidak dapat menghadiri perkahwinan Priyanka. Complicated tapi tak terkejut pun kalau terlerai persahabatan.