Siapa yang tidak mengenali ibu muda ini? Instagramnya membuatkan kita yang perempuan rasa cemburu. Cuba scroll, pelbagai soalan mahu ditanya – di mana beli setiap pakaian, cleanser apa yang diguna, rahsia kulit putih bersih, pakai syampu apa, from head to toe kita mahu tahu rejim kecantikannya.
Emma Shazleen yang berusia sekitar 20-an merupakan ibu tunggal dengan tiga anak lelaki yang masih kecil dan comel belaka. Ya, ibu kepada tiga orang anak tetapi body masih bergetah, dah macam anak dara.
Tolak tepi dengan imej seksi Emma, penulis perhatikan Emma bijak menyuai padan setiap outfit yang dipakai, malah tidak terlalu over sehingga menenggelamkan usia mudanya. Mungkin disebabkan itu, dia menjadi pilihan rumah fesyen mewah untuk mempromosikan setiap item baru. Dior, Kate Spade, Coach, YSL, dan banyak lagi pernah bekerja dengan gadis petite 5 kaki ini.
Bintang media sosial ini ligat di acara-acara fesyen local, kerana gaya peribadinya yang sudah dikenali. Emma adalah orang yang faham tubuhnya. Walau petite, dia tahu cara untuk menjadi kreatif dalam penggayaan. Sehinggakan apa sahaja helaian yang Emma sarung membuatkan kita malah penulis mahu miliki sama.
Gym Attire
Colourful Blazer
Hitam itu Menawan
Hollywood Sangat..
Riadah Dengan Anak
Cardigan Labuh
Gadis Melayu
One-Piece
Ala Rihanna!
Sweet vs Edgy
Emma walau peragakan helaian ringkas seperti t-shirt polos putih bersama jeans, tetapi nampak kelas. Nampak elok sahaja, langsung tidak ada cacat celanya.
Nak jadikan fesyen Emma sebagai inspirasi, follow Instagram.
Selamat Beramal!