Ada peminat girl group Sistar? Walaupun telah dibubarkan tapi mesti masih ada peminatnya di sini kan..
Wanista nak beritahu penyanyi, penulis lirik dan produser seksi Hyolyn, yang juga wajah untuk kempen PUMA #CaliTravelog di Asia Tenggara akan datang ke Kuala Lumpur, Malaysia.
Bila? Di Mana?
Hyolyn akan membuat kemunculan sulung pada 27 April 2019 di Sentol Depot, Kuala Lumpur. Ini akan menjadi penampilan pertama Hyolyn sebagai artis solo di Malaysia. Menariknya lagi, peminat dapat bertemu, beramah mesra dan berpesta bahkan juga berpeluang menyaksikan Hyolyn membuat persembahan menyanyikan lagu-lagu popularnya.
Untuk maklumat terkini mengenai kempen PUMA #CaliTravelog, ikuti Instagram @PUMA.Cali.