Selasa lalu, Maybank memperkenal akaun digital baharu “MAE”.
MAE merupakan singkatan kepada “Maybank Anyone, Everyone” merupakan e-wallet pertama di pasaran yang membolehkan pengguna membuka akaun melalui smartphone mereka. Dengan MAE, anda dapat menikmati bermacam kemudahan e-wallet dalam masa kurang dari lima minit.
Bagaimana cara nak buka akaun MAE?
Pelanggan boleh membuka akaun MAE dalam masa limit minit melalui aplikasi Maybank, walaupun anda tidak mempunyai akaun Maybank. Caranya pengguna perlu mengimbas kad pengenalan ketika proses pendaftaran dan akaun akan diaktifkan serta-merta.
Kelebihan MAE
Berfungsi sebagai e-wallet dengan kemudahan perbankan – pemindahan segera, perkhidmatan ATM, pembayaran bil, tambah nilai prabayar dapat dilakukan seperti akaun perbankan biasa. Pelanggan boleh memindahkan dana dari akaun bank lain ke MAE melalui perkhidmatan pemindahan dana biasa.
MAE boleh digunakan untuk perbelanjaan harian – tambah nilai mudah alih, membeli tiket filem & penerbangan, membuat bayaran melalui QRPay, menghantar & meminta wang serta melakukan pembayaran tanpa sentuh. MAE juga menawarkan kad Visa maya segera.
Nak lebih jelas, muat turun MAE sekarang!