Berikutan skandal BigBang Seungri, perniagaan ‘Aori Ramen’ turut mendapat tempias malah jejas teruk berikutan tiada pelanggan yang datang berkunjung.
Media Korea membuat lawatan di beberapa cawangan Aori Ramen sekitar Seoul menjelaskan keadaan kedai makan perlahan walaupun ketika waktu makan tengahari, yang sebelum ini penuh sehingga tidak menang makan. Menurut laporan itu, hanya 30% sahaja dipenuhi sejak restoran dibuka jam 11.30 pagi. Bahkan hanya didatangi pelancong dan langsung tiada sebarang warga tempatan.
Seorang pekerja restoran di cawangan Gwanghwamun memberitahu, “Biasanya, setiap hari penuh tapi kebelakangan ini agak lenggang tiada pelanggan.”
‘Aori Ramen’ adalah francais ramen Jepun yang dilancarkan dan dikendalikan oleh Seungri. Terdapat sejumlah 48 restoran – 43 di Korea dan 5 di luar negara. Malah, Seungri juga membuka cawangan di Pavilion Kuala Lumpur sekitar pertengahan tahun lepas.
Aori Ramen terkenal dengan ramen tonkotsu. Ia adalah ramen tradisional Hakata dengan sup berasaskan daging babi yang mempunyai perut babi, telur direbus dan bawang putih yang dihancurkan.
Terdahulu, Seungri mengumumkan persaraan daripada bidang hiburan selepas berdepan dengan dakwaan beliau membekalkan ‘pelacur’ kepada pelabur dengan menawarkan perkhidmatan seks di beberapa kelab malam di kawasan mewah Gangnam, Seoul.
Baca : Didakwa Jadi “Bapa Ayam”, BigBang Seungri Umum Bersara
Agaknya dekat Pavilion terkena tempias ke penuh dengan Vip sebagai tanda sokongan terhadap OPPA kesayangan…